Wednesday 31 October 2012

Mi Hailam Sedap sangat

Hai semua, apa khabar? suzy sebenarnya tak sihat sangat... hence the lack of update. its not that aku tak masak, tapi aku masak seringkas mungkin dan takde mood langsung nak ambil gambar dan update kat sini. ada satu resepi masak lada kepala ikan merah (masak kari to be exact) yang aku share di FB. MIL aku kata lulus masak lada pesen melaka. hureyhhh! next time aku share kt sini eh?

Jadi Inilah menu ringkas kami malam td.

Cuma amatlah rugi rasanya kalau aku tak kongsikan resepi mi hailam yang maha sedap lagi ringkas ni pada anda semua. ye lahkan, sedap di tekak aku... mane tahu kan, rambut sama hitam tp tekak lain lain hihih. tp diingatkan, takde gambar yg dpt aku attach disebabkan aku tak sempat nak capture. lgpun tgh tak sihat mcmni. tak dan nak ambik gambar.



resepi ni aku dpt dari sahabat baik , Nurul yg sedang sarat pregnant. aku pn x pernah tanya apa nama penuh dia. aku beraya d rumahnya pada aidilfitrlepas dan dihidangkan dgn mi hailam. sgt sedap tp aku segan nak tambah lg , lgpun perot dh sarat dgn makanan dari open house kat Ozana. jadi masa lepak sama2 aku pun tak malu bertanya resepi mi hailam tersebut. sumpah aku terkejut sbb senang sgt membuatnya. dan resepi ni diperoleh dari pakciknya yang berniaga di KL.

RESEPI MI HAILAM

Bahan-bahan (utk 5 org anggaran)

1 bungkus Mi Kuning
2 ekor sotong putih, - bersihkan dan potong
udang secukupnya - dibuang kulit
fishball - belah dua
fishcake secukupnya - hiris
4 ulas bawang putih - tumbuk halus
1/2 sudu makan rempah sup (saya gunakan jenama adabi)
4 sudu makan kicap manis (anggaran) atau hingga kuah menjadi agak hitam.
1 sudu makan sos tiram
sayuran seperti carrot, bunga kobis, putik jagung, cili merah dan sawi. ikutlah citarasa masing-masing ya
garam (saya guna rock salt) - kicap pun dah masin jadi pastikan anda merasa kuah dahulu sebelum menambah garam.
1/2 sd teh minyak bijan (saya tambah)
1 biji tomato - belah 6

boleh tambah/ gunakan ayam dan daging. tetapi aku tak mahu mencampurkan makanan laut dan darat ;). boleh tambahkan juga lain-lain bahan yang dirasakan sesuai seperti filamen ketam dan lain-lain

perencah/ rempah sup yang saya gunakan


Cara Membuatnya:

1. ambil 1/3 dr isi udang td, rebus hingga masak. Blend bersama air dan ketepikan. blend hingga hancur ye. ambil sedikit airnya untuk melarutkan perencah sup.
2. panaskan dua sudu makan minyak masak, tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan rempah sup. kacau sebentar dan masukkan air udang kisar tadi. biarkan mendidih sekejap.
3. Masukkan air, kicap, sos tiram, minyak bijan dan sayuran keras seperti carrot.
4. Perlahan kan api, masukkan udang, sotong, fishball, fishcake dan sayuran selebihnya termasuk tomato. jangan terlalu lama kerana makanan laut masak terlalu cepat. Perasakan dengan garam
5. Mi kuning tadi di masak sebentar di dalam kuali nonstick bersama 1/3 cawan air dan sentiasa kacau sehingga air kering. sedia dihidangkan bersama kuah. taburkan bawang goreng dan daun bawang sebagai hiasan

selamat mencuba semua ;)






No comments:

Post a Comment