Thursday 18 October 2012

Food and Memories

Salam semua... hari ini aku terasa agak sentimental sedikit. Maka ingin dikongsikan dengan anda semua tentang makanan yang mengingatkan aku kepada orang yang aku rapat... Family, Friends... kadangkala memasak/ membuat/ makan makanan tersebut membuatkan memori di dalam kotak ingatan tersingkap kembali...



Food of Memory #1 : Roti Canai

foto ihsan Google

- Masa aku kecil, lingkungan umur Sekolah Rendah, kami sekeluarga memang selalu buat homemade roti canai di rumah. Di sebabkan tinggal di pinggir Bandar Miri dan Kampung aku pulak tak ada kedai mamak, jadi membuat roti canai sendiri memang sudah rutin kami setiap minggu. Basically emak membuat kuah kari ayam, dan aku membuat rotinya. Malah aku pernah bangun jam 4 pagi mencanai roti untuk dijual di sekolah dengan harga Rm 0.50 sekeping bersekali kuah yang emak isi di dalam thermos flask supaya kekal panas. murah kan? tapi roti canai itu paling laku dan tak sampai setengah jam sudah habis. pernah di marah emak sebab tak reti congak harga sebab kantin sekolah akan tolak 20% dari total harga roti dan aku silap kira berapa keping roti yang aku bawa.

kenangan roti canai paling aku tak dapat lupa ialah arwah atuk aku sangat suka roti yang aku buat. sebab aku sorang budak, maka gula memang jadi kegemaran masa tu. Masa masak roti tu aku akan taburkan sedikit gula dan bila masak permukaan roti akan berkaramel sedikit. Itulah yang jadi kegemaran arwah atuk aku... 

tetapi bila aku dah masuk sekolah menengah, dalam tingkatan 4, arwah datang ke rumah. dari jauh dia dah jerit tanya ada tak aku buat roti canai lagi... biasalah anak remaja malas... aku tak buat. tapi emak kata kesian so aku pun buat jugak keesokan harinya. nyata atuk puas makan. seringkali juga dia bertanya lepas tu bila nak buat, tapi aku anak dara pemalas masa tu, aku tak buat dah. 

berapa tahun lepas tu dia meninggal, I regret every single request from him yang aku tolak... sampai sekarang aku tak dapat buatkan dia roti canai lagi...



Food of Memory #2 : Mexican Hat/ Kuih Penyaram

Gambar ihsan Google

Arwah Nenek aku dulu cukup terkenal dengan kepakarannya membuat kuih-kuih tradisional Melayu... suatu kepakaran yang TAK SEMPAT aku pelajari dan warisi dari nenek. Khabarnya ayah aku pun sangat terer buat kuih-kuih ni. Yelah, terperasan jugak tiap kali aku buat kek/ kuih di rumah mesti dia turun padang tolong bancuh dan kacau, dan bagi tips itu ini... Dari cerita makcik aku, masa kecik-kecik dia dan ayah aku akan bangun awal setiap pagi buat kuih dan jual. Pulang jual kuih baru lah ke sekolah... Tak boleh bayangkan kalau aku di tempat ayah. maunya aku taknak pegi sekolah kot konon letih. (T_T).

Berbalik cerita Kuih Penyaram ni, Kuih ni adalah paling aku suka nenek aku buat. Selalunya masa kami kanak-kanak dulu akan duduk di keliling nenek dari saat dia bancuh, sampai la masa menggoreng. Masa budak mana la tahu reti kuih tu orang nak jual kan? Bedal je haha!

Paling best makan masa panas-panas. fuh.. memang tak cukup sekeping. mahu lagi berkeping-keping. Masa balik Sarawak haritu, aku dan abang ngah aku berborak tentang arwah nenek dan kuih-kuihnya, semestinya dia pun suka kuih penyaram Arwah nenek yang rasa nya sedap, tekstur lembut di tengah dan ranggup di tepi. Memang tak pernah aku jumpa kuih sesedap tu dan sama tekstur nenek buat.

Sejak Arwah tak ada, aku dah tak pernah beli kuih tu di mana-mana... Sebab tahu tak ada siapa dapat tandingi air tangan nenek...

Food of Memory #3 : Ikan Terubuk Panggang

Foto Ihsan Google Images



Semestinya air tangan emak dan ayah. Rahsia yang membuat ikan terubuk bakar/panggang ni sangat sedap bukan la pada ikan tu semata-mata. Tapi sambal cecah nya tu yang paling 'win'. Tu pun resepi turun temurun dari arwah nenek kepada emak dan ayah dan kami semua...aku pun tak pass lagi nak buat sambal tu sebenarnya. Paling dekat dan sedap rasanya dipping sambal tu di buat oleh Abg Ngah dan isterinya selepas emak dan ayah..

Wajib terhidang semasa tetamu bertandang, malah santapan wajib kami sekeluarnga bila berkumpul bersama. Makan ini saja bersama nasi panas pun sudah cukup mengenyangkan.

Ikan ni jugak kegemaran arwah ayah mertua aku masa datang bertandang ke rumah mak ayah di kampung. Hingga kalau boleh dia nak makan setiap hari dia berada di Miri.

Food of Memory #4: Spaghetti

Foto Ihsan Google Images

Makanan rasmi kami serumah sewa masa di UPSI. tak tahu nak makan apa, Spagetthi. Lapar tengah malam, hujung minggu, masa pokai, Spaghetti mesti stock wajib di dalam pantry. Sambut birthday sesapa, spagetthi. Masa assignments, Spaghetti. Sampai sekarang, kawan-kawan terutama Stephanie, mesti tanya pasal Spaghetti :D

Sekarang bila ada occasion di rumah pun, MIL selalu minta aku masak spaghetti untuk tetamu. aku takde la terer pun masak spagetthi. agaknya aku masak sgt pantas kot bila last minit. haha >_<

Cuma rahsia satu je ialah aku infused EVOO dengan garlics dahulu sebelum masak kuah spaghetti :D

Food of Memory #5: Paprik Kina

The best chicken Paprik ever pernah aku makan. Ialah paprik Ex-Housemate aku Kina yang buat. the best ever. Rasa nya perfect. dan sumpah aku tak pernah rasa paprik lain sedap mcm Kina buat.

Food of Memory #6 : Chicken Soup

Sekarang asal buat/ makan Chicken soup je, teringat Kina dan Kak Anith. Sebab selalu masak dengan dorang kat UPSI dulu. kitorang selalu bersilat sama-sama kat dapur masa weekends. Banyak-banyak meals yang aku masak, chicken soup la paling mengingatkan aku pada dorang ni... Bila makan je, mesti rindu nak masak sesama lagi

Food of Memory #7: Nasi Goreng

Makanan paling favorite aku dan bestfriend aku... Ina, Mun dan Yana. Masa study week ni la makanan rasmi ktorang. tengah2 malam tung tang kat dapur menggoreng nasik. Even kitorang g fieldwork kat Cameron Highlands pun masak nasi goreng jugak. yang kitorang kena kutuk lambat naik bas tapi lepas tu semua senyap lepas kena sumbat nasi goreng. kahkah!

So tu la sebahagian makanan yang betul-betul membangkit memory. Korang macam mana?






1 comment:

  1. kak...........
    rindu spagettii itooo
    wwuuuaargghhhhhh

    *bila la airasia mau beri aku ticket free terbang g sia oo*

    hahhahahhaha

    ReplyDelete