Friday 12 October 2012

Really Perfect Butter Shortbread

BEBELAN

Hi everyone, we see each other again... Jadi last week aku buat Butter Shortbread kegemaran Ariana. Rasanya last aku buat masa tu Ariana 7 bulan kot *facepalm*. Sekarang Ariana dah 22 bulan . haha. terrible Mom i am (-_-)"

Tak susah pun hendak membuatnya, cuma perlu pantas dan sabar. hehe. Reccomended butter ialah SCS. sumpah sedap. tp kalau nak Butter jenama lain so go on. Jangan gelabah bila tak ada SCS d pasaraya. Tp tetap, SCS pilihan aku

Okay, aku dah cuba cari resepi aku guna dulu but it's missing somewhere. gosh. Till i saw this recipe from Rima's Blog (Bisousatoi.com). Aku tak tunggu lama dan terus pegi beli Butter SCS dan buat.But i was quite rushing at the moment that my shrtbread turns out didnt have a clean cut. (T_T). 

Kalau ikut resepi Rima, dia gunakan food processor. Sedihnya, sebab aku tak ada food processor so aku gunakan hand mixer saja


RESEPI

REALLY PERFECT BUTTER SHORTBREAD

By: Suzy Effendi
Diubahsuai dari: Rima Bisousatoi.com

Bahan- Bahan :

3/4 cwn / appx 170gms Butter SCS
1 1/2 cwn tepung gandum - Saya gunakan Red Rose - kalo tak tepung gandum biasa pun okey der
1/3 cwn gula aising - saya blend gula kastor jadi halus dan tambah tepung jagung sikit untuk effect melt in the mouth gitew
1/4 suduteh garam - aku pakai Fleur de Sel (hand harvested sea salt)
1/2 suduteh vanilla essence 

Cara membuatnya :

1. Campur kesemua bahan kering dan ayak. gaul supaya bercampur. 
2. Dedahkan butter pada suhu bilik hingga agak lembut
3. Pukul butter bersama gula hingga sebati. Jgn smp kembang. cukup sekadar buter dan gula sebati. Masukkan tepung dan turunkan kelajuan mixer kepada paling rendah.
4. Bulatkan doh tadi dan masukkan ke dalam peti ais
5. Panas kan oven anda terlebih dahulu. 160'C selama 10minit.
6. setelah 10- 15 minit. dengan cepat, Roll doh tadi setebal yang anda inginkan. Potong mengikut saiz yang dikehendaki menggunakan pisau atau acuan kegemaran. saya gunakan pisau saja kerana hendak saiz gigitan (bite size).Potong dan terus susun di atas loyang pembakar yang di alas dengan baking paper.
7. Cucuk2 dengan hujung garpu untuk mendapatkan corak shortbread. 
8. Bakar 160'C selama 20minit atau sehingga agak kekuningan.


Nota:

- Ambil separuh doh dari peti ais untuk di gelek dan dipotong. Proses roll dan potong perlu dilakukan dengan cepat kerana doh akan mula mencair dan lembik seperti sifat azali butter la kan.


Selamat Mencuba!





No comments:

Post a Comment