Monday 19 November 2012

Cream Puffs

Profiterols, Cream Puff, Eclairs, Pate a Choux, Churros and many more...

Tu nama-nama lain bagi Cream Puff tetapi di datangkan dalam pelbagai bentuk dan cara memasak. Contohnya Eclairs didatangkan dalam bentuk jejari dan ada filling cream di dalam serta chocolate drizzle di atasnya, Churros ialah doh di goreng dan di golekkan ke dalam gula yang diperisakan dengan serbuk kayu manis, profiterols pulak dalam bentuk bebola-bebola kecil dan berinti di dalamnya.

Fresh from Oven


Begitulah kaedahnya cream puff. Cara penyediaan nya tidaklah sukar mana namun harus menggunakan sukatan bahan dan teknik yang betul...

Selalu jugak la aku terima msg bertanyakan perihal kejadian pastry yang satu ini. "kenapa cream puff aku mcm cucur? leper je?"
"kenapa bantat n x kembang?"
"kenapa masa bake tu cantik, dh msk dia runtuh?"
"Cream puff sedap, tp inti berketul2"
gituhh...

Cream puff yang bagus dan "menjadi" seharusnya kembang cantik dan berongga di dalamnya. Namun puff nya tidak pula keras kematu dan cukup elok dan lembut bila digigit bersama inti di dalam nya. Inti di dalamnya boleh dipelbagaikan, cream custard, jagung, durian dan sebagainya... ikut creativity. tetapi saya gunakan inti custard cream untuk resepi ini. 

Resepi ini telah lama saya simpan dan sudah lupa di mana sumber saya memperolehi nya. dan sejujurnya resepi ini sudah saya hafal kerana selalu membuatnya.

dahulu memang sering juga cream puff tak menjadi. mcm masalah2 yang disebutkan di atas tadi. Setelah melalui banyak proses 'trial n error' baru lah saya mampu menarik nafas lega ;)

jadi enough feasting your eyes with the photo. masa untuk resepi pulak. okeh?


RESEPI CREAM PUFF

Bahan -Bahan  (Untuk Kulit Choux Pastry)
45 gm butter
100ml air
2 biji telur saiz L (kira2 100gm dan pukul lembut)
60 gm tepung gandum (ayak)
Drops of vanila (ni sy tambah untuk kurangkan bau telur)
Cara membuat choux pastry.

1) sediakan loyang, sapu dengan butter dan taburkan tepung. Jika tidak, alaskan dulang membakar menggunakan Aluminium foil dan griskan sedikit menggunakan butter. 
 2) Masukkan butter dan air ke dalam periuk. Dan panaskan atas api perlahan. Bila butter semua cair kuatkan api sekejap bila mendidih terus pdm api. Jgn lama sgt nti air byk tersejat.
3) Dgn cepat masukkan semua tepung dan kacau cepat2 dalam gerakan membulat hingga adunan x mlekat d periuk. Bila dh terbentuk doh hidupkan api sebentar. Teruskan mengacau hingga ada lapisan nipis mlekat d periuk. Hal ini bertujuan utk menyejat air dlm doh dan membolehkan tepung menyerap telur. Tutup api dan alihkan dari dapur dan terus kan kacau.bole kacau guna hand mixer utk mengeluarkan haba lebih cpt. low speed saja k?
4) Rasa dgn jari jika doh dh suam2 baru masukkan telur Sedikit sedikit dan pukul guna hand mixer. Caranya masukkan sikit telur dan kacau hingga sebati kalau masih kental tambah telur hingga dpt konsistensi yg btl. Kena pastikan suhu Kalau panas sgt kang takut telur trus scramble.. Xde hand mixer guna whisk @ Senduk kayu pon bole. Adunan nya sepatutnya bila k d angkat akan turun perlahan dan nampak berkilat gitu. Sy tmbh drops of vanila. Sket je in case bau telur kuat sgt ehek.. tak letak pon takpe.
5) panaskan oven 200°c sambil itu paipkan atas dulang dan masukkan dlm oven.bakar 15 minit 200°c dan kmudian Saya turunkan ke 180°c dan bakar selama 15 minit. Jgn buka oven ketika membakar. Puff yg cantik ialah kembang dan dlmnya lompang.


RESEPI UNTUK CUSTARD CREAM

1 tbsp tepung gandum
1 tbsp tpg jagung
1/2 tsp tepung custard
4 tbsp gula halus
1 tbsp butter
Drops of vanilla
200 ml (1cup) susu segar or susu cair
1 egg


Cara menyediakan krim.

Masukkan bahan kering dlm periuk. Masukkan kira2 2 sudu susu segar dan kacau jgn bg berketul. Pecahkan telur. Whisk lagi. Bila dh sebati masukkan kesemua susu yg tinggal. Masak atas api sederhana dan kacau sehingga menjadi agak pekat. Ttup api dan teruskan mengacau. Masukkan vanila essence dan 1 sudu butter dan kacau sebati.

Tunggu puff dan cream sejuk barulah paipkan cream ke dalam puff.


TIPS
1. Kejadian cream puff juga bergantung kepada oven masing-masing. jadi anda harus faham kondisi oven anda.
2. saya akan spray permukaan atas doh puff yang telah dipaipkan sebelum di bakar. tujuannya supaya semasa di bakar, wap air akan naik dan membantu pengembangan puff anda dan berongga di dalam nya.
3. JANGAN BUKA OVEN anda semasa proses pembakaran. jika tidak, bye-bye cream puff yang kembang cantik lagi gebu
4. Jangan biarkan terlalu lama puff anda di dalam oven kerana boleh menyebabkan puff anda terlalu garing dan keras.
5. Doh harus mencapai konsistensi yang betul supaya mudah dipaipkan di atas dulang. tidak terlalu cair dan tidak terlalu kental. 
6. Anda boleh menggunakan nozel muncung corak bintang atau bulat. saiz terpulang kepada besar mana puff anda inginkan. :D

rujukan tambahan



SELAMAT MENCUBA!


1 comment:

  1. Hi, nak tanya kenapa creampuff saya leper ek? apa yang salah? telur kena pukul lama ke ?

    ReplyDelete