Showing posts with label Egg. Show all posts
Showing posts with label Egg. Show all posts

Monday, 14 January 2013

Chicken Pot Pie

Hello!

Dah lama tak update blog... yang previous pun BARU nak publish. horrible aku ni. dh tulis2 tapi tak publish. kau ade? takde kan?

OK berbalik cerita Pot Pie Ayam aku, mostly adalah homemade kecuali, errr... puff pastry nya aku cheat sket. ala, mahap la, bkn selalu hehek. Al-kisah nya lepas aku kesakaian kat Mydin terjumpa readymade Puff pastry jenama Kawan. terus dalam kepala otak imagine nak buat memacam dengannya. pastu cakap kat MIL ada beli readymade puff pastry. siap promote bagai ngan makcik Husband aku. erk. gitulah tahap kesakaian aku. tapi, berbaloi. kan? hahaha. *yerla tu.. pffftt!




Ok sesi ilmu sikit, Pot Pie ialah istilah yang digunakan untuk jenis pai savory dengan dasar dan penutup pai menggunakan kerak (crust) yang flaky dan rangup dan di bakar menggunakan loyang pai khas untuk mengekalkan bentuknya. Pot Pie berbeza dengan Pai daging Australia (Australian Meat Pie) dan kebanyakan resepi dari pelbagai rantau Britain di mana kebanyakan nya menggunakan pastry penutup yang ber'emping' dan dasar pai menggunakan kerak/ pastri yang lebih berat, shortcrust yang stabil dan sewaktu dengannya. Maksudnya, Pot Pie ni adalah variasi antara banyak2 Pai la. Filling Pot Pie pulak ada macam-macam, bermula dari ayam, daging, turkey dan macam-macam lagi, ada gravy dan sayuran macam kacang peas, lobak merah, kentang dan sebagainya. - sumber: Wikipedia

Pot Pie aku x guna pastry base. cuma enclose saja guna puff pastry. so i used a tiny ramequin.

Moh kita begerak terus ke resepi. :D JOOOMMMM!

Ni la pastry yg aku guna. image source: Website Kawanfood


CHICKEN POT PIE

Bahan-bahan (aku tak measure bahan, ini aku agak-agak saja) :

8 biji ramekin saiz kecil
8 pcs readymade puff pastry | i guna jenama Kawan
300 gm isi ayam | Bahagian dada la paling best- potong dadu
1 cup stock ayam | aku guna serbuk stok ayam Tumix dilarutkan
1 cup susu full cream/ cooking cream
1/3 cup grated cheddar cheese
1/2 Yellow Onion | chopped
3 cloves of garlic | crush and chopped
2 tbsp butter
3 tbsp flour
a pinch of black pepper and white pepper
a sprinkle of dried oregano, basil and parsley. kalo ada yg fresh lagi yumss
half cup diced carrot
1/3 cup diced celery
1/3 cup green peas | i used can peas
1 Bay Leaf/ Daun Salam | used dried one
sebiji telur

Antara bahannya, dalam piring ikut putaran jam, Bawang Holland, butter. Cheddar Cheese, Carrot and Celery >_<

Cara- Cara:
1) Sediakan bahan-bahan. basuh ramekin, keluarkan puff pastry. dan pre-heat oven pada suhu 180c. ayam di perap dengan sedikit black pepper.
2) Masukkan butter ke dalam sauce pan, jgn hangus, tumiskan bawang putih n bawang holland yang telah di cincang halus dan sautee hingga transparent.
3) Masukkan tepung dan kacau jangan ada yang berketul. Masukkan stock ayam sikit-sikit dan susu full cream/cooking cream tadi. the gravy will thicken and creamy ;). bila dah sebati masukkan sayur-sayuran keras macam celery dan carrot tadi.biarkan mendidih. lihat konsistensi gravy... jika terlalu pekat. tambah sedikit air. medium heat
4) Masukkan isi ayam tadi dan slow cooked. jangan overcooked ayam anda. masukkan daun salam dan segala herbs. masukkan garam dan white pepper jika perlu.
5) Masukkan Cheddar Cheese dan biarkan larut sepenuhnya. Kemudian masukkan kacang peas. tutup api. ketepikan kuah.
6) Masukkan Cheesy Chicken Pot Pie Gravy tadi ke dalam setiap ramekin. ambil sekeping puff pastry tadi dan tutupkan ramekin anda. pecahkan telur dan pukul sedikit. sapukan bancuhan telur tadi ke atas puff pastry and make a slit (keratan?) di atas puff pastry untuk memudahkan pembebasan stim daripada gravy semasa di bakar . takla kulit pastry korang meletop nanti ehek.
7) susun semua Pot Pie ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit hingga pastry masak dan keemasan.
8) ENJOICE!!!

hot!

Selamat mencuba!!!



Sunday, 16 December 2012

Kisah minggu ini dan Creme Brulee

Minggu ni agak hectic bagi aku. agak byk tempahan butter shortbread dan ada yang buat tempahan last minit . dengan tak sampai hati menolak rezeki dari Allah ini. aku buat sehabis baik aku. Alhamdulillah... sampai tak menyempat-nyempat nak update blog kan. Sibuk nau aku ni gamaknya. hahah!

Alkisah Creme Brulee... kes nya bila besday Ariana arituh aku buat Checkered Rainbow Cake. so dari kek ke filling nya semua tak pakai teloq kuning. suma teloq putih saja. ada lebih kurang 7 biji telur kuning tak guna... (tereksiden telur putih masuk skali tp sbijik je la). takkan nak buang kan? sayang ooo... So apa aku nk kata rasa dia mcm eskerim pon ade, gebu lembut dan nyaman di tekak. sejuk gitu.heheh

So... apakata kita back to recipe? haha... resepi ni aku ambik dari blog Hasue ... so Enjoice!

mcm tu la kekdahnya


Resepi asal : Noreen
Dikongsikan: Hasue
By: Yours truly (aku ler)

CREME BRULEE (makes about 7 - 8 biji ramequin kecik)

Bahan:
6 Biji telur kuning - aku guna 7
600 ml whipping cream - aku guna jenama Mauri. sedap giler.. wangi lagik.
1 tbsp gula castor - saya kurangkan sedikit sebab Whipping cream dah manis. plus extra untuk caramel
1/2 tsp vanilla extract

1. Masukkan whipping cream ke dalam double boiler. pastikan air mendidih perlahan.
2. Pukul Yolk bersama gula hingga creamy.
3. Bila dah suam cream tadi, masukkan egg yolk yang telah dipukul sambil di kacau menggunakan whisk supaya tidak bergentel.
4. bila creme dh agak pekat. boleh la tutup api dan angkat daripada double boiler.masukkan vanilla extract dan kacau sebati.
5. tapiskan ke dalam ramequin.
6. bakar pada suhu 140 darjah celcius selama 40 minit menggunakan kaedah bain marie. kalo tak tau ape bain marie tu, masukkan ramekin ke dalam loyang dan tuang air ke dalam loyang hingga takat separuh ramekin. pehtu masuk dlm loyang.
7. Bila dah masak sejukkan sebentar dan masukkan ke dalam fridge semalaman.
8. bila nk makan, taburkan gula dan bakar gula menggunakan torch atau guna saja oven api atas/ grill dlm suhu 160 darjah celcius selama 5 minit atau semua gula sudah terkaramel.
9. sedia di makan! :D

So, resepi dah ade... selamat mencuba!


Monday, 17 September 2012

Butter Prawn

This recipe were taken from my previous blog... I loved making butter Prawn because its easy to prepare and definitely Yumms. but this recipe written in Malay Language :D


 



Resipi ni diambil dari blog Chef Kamarul, dinyatakan bahawa resipi beliau adalah original daripada Chef berbangsa Cina. Tetapi di ubahsuai sedikit kerana Hubby tak makan pedas. :D

THE RECIPE 

By : Suzy
Inspired by : Chef Kamarul

Bahan:
Udang Secukupnya (saya menggunakan 8 ekor udang besar XL bersih dan toskan airnya)
3 biji kuning telur
3 sudu butter atau secukupnya
Daun Kari segenggam
Garam dan Gula
Susu Cair
Serbuk Kari
Serbuk Kunyit
Serbuk Lada hitam
Bawang Putih+ Merah cincang (saya hanya guna bawang putih sahaja)
Cili Padi (tidak digunakan)
Langkah 1: Untuk Egg Floss
1- Panaskan Kuali
2- Masukkan 2- 3 sudu butter bersama minyak masak utk mengelakkan butter anda daripada menjadi hangus (hitam)
4- Pukul sedikit telur kuning. sikit saja ok. sikit!
5- Menggunakan senduk bulat, kacau butter+minyak yg dah panas td dalam gerakkan membulat dan laju. mangkuk berisi telur kuning tadi hendaklah di angkat tinggi dari kuali dan tuang sedikit2 tapi berterusan sambil tangan sebelah masih lagi mengacau dengan lajunya.
6- biarkan sebentar sehingga floss anda berbuih dan angkat serta tuskan egg floss tersebut. Ketepikan

Langkah 2: udang
1- Lebihan minyak+ butter untuk menggoreng floss tadi masukkan udang dan kacau sampai udang hampir masak. Dalam resipi ini saya terlebih dahulu memerap udang dengan sedikit serbuk kunyit, kari, black pepper dan garam.

Langkah 3: Butter Sauce
1- Panaskan minyak+ butter dalam kuali bersih.
2- tumis bawang putih dan merah (saya hanya gunakan bawang putih)
3- masukkan daun kari dan cilipadi , garam dan gula
(aku letak sikit serbuk kari)
4- masukkan susu cair . kalau nak basah+creamy lagi letak lebih sikit. Jika tidak letak sedikit sahaja dalam anggaran 3-4 sudu makan. Bila dh pekat, masukkan udang tadi dan biarkan sebentar.
5- angkat dan masukkan dalam serving plate. Taburkan egg floss. Sedia utk di Makan ;)

Selamat mencuba. kalau jadi bgtau kawan2. Kalau tak jadi bagitau saya kay??? :P



Butter Prawn