Monday 14 January 2013

Chicken Pot Pie

Hello!

Dah lama tak update blog... yang previous pun BARU nak publish. horrible aku ni. dh tulis2 tapi tak publish. kau ade? takde kan?

OK berbalik cerita Pot Pie Ayam aku, mostly adalah homemade kecuali, errr... puff pastry nya aku cheat sket. ala, mahap la, bkn selalu hehek. Al-kisah nya lepas aku kesakaian kat Mydin terjumpa readymade Puff pastry jenama Kawan. terus dalam kepala otak imagine nak buat memacam dengannya. pastu cakap kat MIL ada beli readymade puff pastry. siap promote bagai ngan makcik Husband aku. erk. gitulah tahap kesakaian aku. tapi, berbaloi. kan? hahaha. *yerla tu.. pffftt!




Ok sesi ilmu sikit, Pot Pie ialah istilah yang digunakan untuk jenis pai savory dengan dasar dan penutup pai menggunakan kerak (crust) yang flaky dan rangup dan di bakar menggunakan loyang pai khas untuk mengekalkan bentuknya. Pot Pie berbeza dengan Pai daging Australia (Australian Meat Pie) dan kebanyakan resepi dari pelbagai rantau Britain di mana kebanyakan nya menggunakan pastry penutup yang ber'emping' dan dasar pai menggunakan kerak/ pastri yang lebih berat, shortcrust yang stabil dan sewaktu dengannya. Maksudnya, Pot Pie ni adalah variasi antara banyak2 Pai la. Filling Pot Pie pulak ada macam-macam, bermula dari ayam, daging, turkey dan macam-macam lagi, ada gravy dan sayuran macam kacang peas, lobak merah, kentang dan sebagainya. - sumber: Wikipedia

Pot Pie aku x guna pastry base. cuma enclose saja guna puff pastry. so i used a tiny ramequin.

Moh kita begerak terus ke resepi. :D JOOOMMMM!

Ni la pastry yg aku guna. image source: Website Kawanfood


CHICKEN POT PIE

Bahan-bahan (aku tak measure bahan, ini aku agak-agak saja) :

8 biji ramekin saiz kecil
8 pcs readymade puff pastry | i guna jenama Kawan
300 gm isi ayam | Bahagian dada la paling best- potong dadu
1 cup stock ayam | aku guna serbuk stok ayam Tumix dilarutkan
1 cup susu full cream/ cooking cream
1/3 cup grated cheddar cheese
1/2 Yellow Onion | chopped
3 cloves of garlic | crush and chopped
2 tbsp butter
3 tbsp flour
a pinch of black pepper and white pepper
a sprinkle of dried oregano, basil and parsley. kalo ada yg fresh lagi yumss
half cup diced carrot
1/3 cup diced celery
1/3 cup green peas | i used can peas
1 Bay Leaf/ Daun Salam | used dried one
sebiji telur

Antara bahannya, dalam piring ikut putaran jam, Bawang Holland, butter. Cheddar Cheese, Carrot and Celery >_<

Cara- Cara:
1) Sediakan bahan-bahan. basuh ramekin, keluarkan puff pastry. dan pre-heat oven pada suhu 180c. ayam di perap dengan sedikit black pepper.
2) Masukkan butter ke dalam sauce pan, jgn hangus, tumiskan bawang putih n bawang holland yang telah di cincang halus dan sautee hingga transparent.
3) Masukkan tepung dan kacau jangan ada yang berketul. Masukkan stock ayam sikit-sikit dan susu full cream/cooking cream tadi. the gravy will thicken and creamy ;). bila dah sebati masukkan sayur-sayuran keras macam celery dan carrot tadi.biarkan mendidih. lihat konsistensi gravy... jika terlalu pekat. tambah sedikit air. medium heat
4) Masukkan isi ayam tadi dan slow cooked. jangan overcooked ayam anda. masukkan daun salam dan segala herbs. masukkan garam dan white pepper jika perlu.
5) Masukkan Cheddar Cheese dan biarkan larut sepenuhnya. Kemudian masukkan kacang peas. tutup api. ketepikan kuah.
6) Masukkan Cheesy Chicken Pot Pie Gravy tadi ke dalam setiap ramekin. ambil sekeping puff pastry tadi dan tutupkan ramekin anda. pecahkan telur dan pukul sedikit. sapukan bancuhan telur tadi ke atas puff pastry and make a slit (keratan?) di atas puff pastry untuk memudahkan pembebasan stim daripada gravy semasa di bakar . takla kulit pastry korang meletop nanti ehek.
7) susun semua Pot Pie ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit hingga pastry masak dan keemasan.
8) ENJOICE!!!

hot!

Selamat mencuba!!!



No comments:

Post a Comment