Sunday 13 January 2013

Rainbow Cakes

Ola! remember my post about Ariana's birthday bash? hehe. well she kept asking about "cake" everyday. and next 3 days i made a cupcake version for her. After i bake half of the bater i only got 10 cuppies only >_<.


ok spiking de english pulak der... ok la. ramai yang bertanya tentang resepi kek yang comel dan sedap ni. dan aku buat version kurang manis. ada rasa mild lemon-lemon coating dan marshmellowy filling.

Masa birthday Ariana aritu ada yg dah tanya brapa RM kalo tempah. well, masa tu aku tak reti nak buh harga. aku just kata "ala, harga tu kendian leh runding". heheh. so, u can call me or sent me an email for the cake price ;)



Okay, resepi ni aku peroleh daripada blog Kak Azlita Masam Manis. Blog yang terkenal seantero tanah air kerana hidangan serta dekorasi kek dan fotografi makanannya yang serba kreatif. gila la sape tak teruja kan? 

Baik lah aku terangkan serba sedikit tentang komponen yang diperlukan dan digabungkan menjadi sebiji kek yang menarik dan sedap.

Komponen 1: Kek itu sendiri
- Kek ini ringan, fluffy dan aku kurangkan hampir separuh jumlah gula daripada resepi asal.

Komponen 2: Filling
- untuk layering, aku gunakan filling white chocolate mousse, so utk ini, cake perlu di buat sehari sebelum utk filling ini set dan texture dia akan jadi springy dan marshmellowy. aku suka filling ni sbb dia ringan.

White Choc Mousse

Komponen 3: Coating - Lemon Cream Cheese
- untuk resipi yang ni aku modified dari resepi yang biasa aku guna untuk red velvet. cuma aku tambah sedikit lemon oil untuk rasa lemon dan somehow mcm ada rasa mint sket. berangin2 ko...

ok kita beralih pada resepi skrg bole?


RAINBOW CAKE
Rujukan : Masam Manis
Rujukan Asal : Zuraini Alias
Diubahsuai : Yours truly.. ehek

3 cups tepung gandum
4 tsp baking powder
1/2 tsp garam (kalau dh guna salted butter, tak perlu)
1 cup butter | room temperature
2 cups gula castor | saya kurangkan kepada 1 1/4 cwn
5 biji putih telor | room temperature
2 tsp esen vanila
1 1/2 cups susu segar | Suam/ Room temperature
pewarna | terpulang pada pilihan. tetapi aku guna pewarna Americolor utk warna yg vibrant

Persediaan :
Sediakan beberapa loyang 8 inci. Sapu keliling loyang dan dasar dengan butter dan alas dasarnya dengan baking paper. sapu sedikit jugak butter pada paper tadi.
Panaskan oven pada suhu 170c dan letakkan rak di tengah2 oven.

Cara-cara:
1) Ayak tepung, baking powder (BP), garam . gaul dengan whisk untuk meratakan tepung,BP dan garam
2) Dalam bekas berlainan, pukul butter dan gula hingga gebu dan bertukar warna putih.
3) Masukkan telur putih dan pukul hingga ringan. Masukkan esen vanilla.
4) Perlahankan kelajuak mixer, masukkan tepung dan susu segar berselang seli. Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga. Boleh juga menggunakan kaedah kaup balik dan kaedah folding ini memerlukan kesabaran maha tinggi. hewhew.
5) Bahagi adunan sama banyak. 5-6 warna. kaup balik pewarna ke dalam setiap bahagian adunan. jika terer pakai senduk dan agak2. kalo takut adunan xsama tebal, bolehla berhutang budi dengan mesin penimbang. timbang tiap adunan supaya sama berat. ok?
6) Masukkan dalam loyang, ratakan dengan belakang sudu. bakar pada suhu 170c dalam masa 15-20 minit or the cake springy. 
7) Bila dah masak sejukkan di atas redai. dah sejuk baru terbalikkan. alaskan dengan baking paper kerana kek akan melekat2 jika di tindih. sbb kalo bertindih tak beralas .kek korang comot kang. pstu kata aku tak ajau...

 Nota: Ketepikan kek anda, saya akan cover menggunakan cling wrap sementara kerja melayer filling sbb takut kek jadi kering.


Sekarang beralih ke  Filling pulak.

WHITE CHOCOLATE MOUSSE
Rujukan: Masam Manis

2 telur putih | perhatian, telur putih adalah untuk meringue, so pastikan bekas anda bersih tiada kesan air, minyak DAN telur kuning tidak termasuk sedikitpun. Meringue tidak akan bertanduk cantik
150 gm white chocolate | I used Colata White Compound
100 ml air suam
1 tbsp serbuk gelatin | Halagel is better and Halal
40g gula halus | i used only 1 tbsp
200g whipping cream | sejuk-sejuk

Cara:
1) Masukkan serbuk gelatin ke dalam 100ml air dan biarkan 5 minit hingga larut. ketepikan. Double boil white chocolate compound dan setelah 70% cair, angkat dari boiler dan kacau hingga kesemua coklat larut. tujuan nya ialah untuk tidak merosakkan coklat tadi. masukkan campuran gelatin dan kacau hingga sebati.
2) Pukul putih telur dan masukkan gula sedikit-sedikit hingga meringue bertanduk dan firm. maksudnya, mangkuk di terbalik atas kepala, kepala korang bersih dan rambut bila di tiup angin masih terbang2 ayu. kalo meringue jatuh atas kepala korang, g mandi dulu pastu buat semula k?
3) Kemudian pukul whipping cream hingga creamy.
4) Satukan kesemua bahan dari 1, 2 dan 3 menggunakan kaedah kaup balik. caranya, kaup balikkan separuh meringue ke dalam cream yang telah dikaup balik dengan gelatine coklat putih. setelah sebati, masukkan lebihan meringue.
5) cover menggunakan cling wrap dan masukkan ke dalam peti ais seketika. setelah agak set, boleh la di sapukan sebagai lapisan kek.


Note: Topping ni ada penyakit alah kepada haba.. jadi best to work with it when it still cold. kang cair tak masak kek korang roboh. aku gakkk yg salah. kan?

Ok, filling sudah, Kek pun sudah. sekarang untuk resepi terakhir pulak ialah aising cream cheese perisa lemon. tak letak lemon essence/ oil pun takpe. letak esen Vanilla jer.. ikut citarasa korang.

CREAM CHEESE TOPPING

250 gm Cream Cheese | sejuk-sejuk
1/2 cup whipping cream | i used Mauri or any WC u like.
3/4 cup icing sugar | or less
1 tsp Vanilla Essence 
a drop of Lemon Oil

1) Pukul Cream cheese dingin tadi bersama gula hingga tiada ketul dan agak lembut. jgn pukul terlalu lama nanti lembik sangat. susah nak deco kat kek.
2) masukkan whipping cream sejuk gak dan segala esen, pukul lagi hingga sebati. 
3) sedia di gunakan. kalau terlalu lembik, masukkan dlm fridge dlm 5-10minit.


ASSEMBLING THE CAKE
1) sediakan cake board
2) letakkan kek pertama, ratakan choc mousse. lapis hingga habis.masuk dalam fridge hingga filling set. 
3) crumb coat cake anda, masukkan dalam peti ais sebentar dalam 5 minit.
4) Ratakan topping ikut kreativiti kalian ;)


Tada!!

Selamat mencuba ;)

p/s: gamba recycle dari Instagram. kbai!


No comments:

Post a Comment