Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Tuesday, 15 January 2013

Breastfeeding Pt 1

Hi everyone... hari ni kita takkan membincangkan perihal kalori (makan dan resepi). Tetapi saya akan berkongsi perihal 'breastfeeding' yang kian menjadi trend bagi ibu-ibu di Malaysia. yes, saya berani katakan BF ni dah jadi trend seantero Malaysia. kenapa? kerana kesedaran para ibu peri penting menyusukan anak menggunakan susu ibu yang fresh dan free lagi direct rezeki Allah bagi. Bukan itu saja, kebaikan susu ibu itu sendiri sebenarnya tak ada tandingan. tak caya? tengok ni...

Click untuk tumbesaran

Bukan nak merendah susu formula, jauh lagi ibu yang sudah berusaha memberi susu ibu namun rezeki tidak mengizinkan, tetapi betapa saya menghargai susu ibu dan berusaha memilihnya untuk anak saya selagi terdaya. Jadi post ini saya dedikasikan buat ibu-ibu dan bakal ibu yang berazam mahu menyusukan anak mereka sehingga lengkap dua tahun.

Alhamdulillah, perjalanan minima 2 tahun BF berjalan dengan jayanya. Tipu la kalau tak terharu kan. Apatah lagi saya pada ketika itu hectic dengan kehidupan sebagai undergraduate student di IPTA. dan kebetulan tahun akhir pengajian pula sibuk dengan latihan ilmiah (thesis). Saya juga berjauhan dengan anak pada setengah tahun yang pertama dan still, anak saya menyusu penuh Susu ibu hasil perahan. 

saya akan ceritakan sedikit tentang pengalaman menyusukan anak dari jauh. ini bukan kuasa psikik. tipu itu semua... 

produk susu ibu. ehek >_<


10 Dis 2010 , saya melahirkan seorang bayi perempuan yang kami namakan Ariana Surfina, bermaksud 'Full of life' dan 'Suci'. semasa mengandung saya cuba mencari dan mentelaah perihal breastfeeding seperti mengepam, penstoran susu, penjagaan susu dan penyediaan yang betul, pemilihan pam dan produk-produk yang perlu. Apa itu LDR, apa itu Marmet, apa itu Power Pumping dan method penyusuan selain direct feed, dan through bottle. Study ini saya lakukan sebagai persediaan setelah saya bersalin dan pada masa yang sama, masih lagi seorang mahasiswi. so kalo buat assignments tu, satu tab bukak info geografi, satu lg tab bukak info breastfeeding. gituwww... setelah 30 hari melahirkan anak, saya terpaksa meninggalkan nya di Melaka dan pulang ke kampus di Perak dengan hati yang lara. yela, sedih tau meninggalkan anak yg baru berusia sebulan.

Menjadi BF mom yang PJJ dengan anak bukan suatu tugas yang mudah, lebih2 lagi sbg seorang pelajar yang hectic. bergelumang buku, journal, laptop dan juga thesis2 kajian lepas. tak lupa pam susu dan juga cooler bag di sandang sekali bawak masuk library. Atas ihsan Mak Guard kat pintu masuk lebri saya bwk masuk cooler bag ke dalam library. 

setiap minggu saya akan travel pulang ke Melaka iaitu setiap khamis lepas class saya akan terus balik dari dewan kuliah ke terminal Bas utk ke KL dan sterusnya ke Melaka. mana yang cepat masa tu. sambil menggalas beg penuh stock susu dan jugak laptop dlm beg satu lg. Saya perlu disiplin diri pada ketika itu dengan mematuhi jadual pengepaman susu. mujur di Terminal Bersepadu Selatan menyediakan BF room yg sangat tenang n menyenangkan. jadi saya akan mengepam ikut jadual tak kira masa tu dalam train, or dalam bas dan jika bernasib baik ada bilik BF, mengepam di situ. jadi nursing cover, or pashmina sentiasa ada di dalam bag untuk waktu2 kecemasan.penstoran susu juga penting agar susu ketika sampai dalam keadaan selamat dan memerlukan usaha serta tawakal.

Pernah juga alami peristiwa production susu merudum, sore nipple, anak tak mahu botol, anak tak boleh latch dengan betul, susu tak di handle dengan betul. production terlalu banyak sampai petiais rumah sewa penuh n terpaksa tumpang peti ais rumah kawan. dan mcm2 lagi.

begitulah kehidupan pada tahun pertama. bermacam ragam dan gaya.

pada post akan datang saya akan kongsikan lg perihal breastfeed untuk anda ;) InsyaALLAH harapan agar dpt menjadi motivasi buat anda semua. Amin...



Wednesday, 12 December 2012

She's 2!

Semalam 101212 Anakanda aku telah menginjak usia 2 tahun! betapa cepat masa berlalu...

Lega hati, sebab dah lengkap dua tahun penyusuan susu ibu seperti yang aku  cita-citakan selama ni. :D ALHAMDULILLAH!!!

Teringat kembali detik aku mengandungkan dia dulu, dengan sarat tugas menjadi Mahasiswi, berhimpitan di dalam bas Kitaran UPSI. bertolak tarik dalam Komuter dan LRT, tak kurang lg melawan sesak dan terik cuaca di Jalan TAR masa aku giat bisnes tudung dan Kek lapis.

Masa kelahiran juga tidak memakan waktu yang panjang untuk aku menahan sakit kontraksi. Sungguh Allah Maha Penyayang... dan Terima Kasih Ibu serta Ayah menjadikan aku manusia dan melahirkan aku ke dunia yang fana ni. ehek~!

Syukur kehamilan dan kelahiran aku dipermudahkan Allah. dengan izinNya jua aku dpt kekalkan CGPA aku dalam senarai dekan dan paling penting, hak penyusuan 2 tahun telah terpenuhi...

*Nangis jap...

Skrg, dia dah 2 tahun... Aktif, sihat ceria dan paling penting, dia cukup untuk mencukupi aku. tak perlu dia jadi terlalu sempurna... Semoga menjadi anak yang Solehah ya? Boleh Mama buat Bekal akhirat kelak :')

Jadi Semalam kami buat jamuan kecil-kecilan untuknya. Gembira dia bukan kepalang...cuma planning si Mr. H agak last minit jadi aku pun agak blur apa yang aku kena buat heheh... jemputan pun kecil saja, ada la dalam 4 - 5 family terdekat.

Seronok, tp x reti tiup pun benda tu haha

Segala makanan dan minuman adalah 200% Homemade, kecuali Pizza dari Domino's... yang lain dari hidangan utama, sampingan malah pencuci mulut aku sediakan.  termasuklah Kek harijadinya... Menu Utama berupa Ketiaw Bakso Sapi, Pizza Domino's, Homemade Cheesy Wedges,Choc Moist Cupcake, Air Guava, Rainbow Cake with White Choc Mousse Filling and topped with Lemon Cream Cheese.

Checkered rainbow cake...Inilah yg termampu mama buatkan untuk Ariana... sekadar home baker saja... Alhamdulillah siap juga akhirnya...

Sisi Dalam.. kena kemas lagi. sebab aku kelam kabut buatnya. ketaq jari mak nyah. Tema tak leh lari dari Angry Bird ye?

dh siap Icing

 Jadi Majlis bermula dengan makan-makan, berbual dan ramah mesra... diakhiri dengan majlis memotong kek. Syukur! Kek pun sekejap je licin. Alhamdulillah... bolehla korang suma tempah ek? haha!

Terima kasih pada jemputan yang datang serta hadiah yang diberi.

- Syukur!






NOTA KAKI: "WE DELAY WE PAY" ... Menarik woo!

Friday, 5 October 2012

Little Girl

My Little Ariana will be 2 years in two months. how time flies...

i was 8month pregnant
Our newborn Ariana!