Showing posts with label western. Show all posts
Showing posts with label western. Show all posts

Monday, 14 January 2013

Chicken Pot Pie

Hello!

Dah lama tak update blog... yang previous pun BARU nak publish. horrible aku ni. dh tulis2 tapi tak publish. kau ade? takde kan?

OK berbalik cerita Pot Pie Ayam aku, mostly adalah homemade kecuali, errr... puff pastry nya aku cheat sket. ala, mahap la, bkn selalu hehek. Al-kisah nya lepas aku kesakaian kat Mydin terjumpa readymade Puff pastry jenama Kawan. terus dalam kepala otak imagine nak buat memacam dengannya. pastu cakap kat MIL ada beli readymade puff pastry. siap promote bagai ngan makcik Husband aku. erk. gitulah tahap kesakaian aku. tapi, berbaloi. kan? hahaha. *yerla tu.. pffftt!




Ok sesi ilmu sikit, Pot Pie ialah istilah yang digunakan untuk jenis pai savory dengan dasar dan penutup pai menggunakan kerak (crust) yang flaky dan rangup dan di bakar menggunakan loyang pai khas untuk mengekalkan bentuknya. Pot Pie berbeza dengan Pai daging Australia (Australian Meat Pie) dan kebanyakan resepi dari pelbagai rantau Britain di mana kebanyakan nya menggunakan pastry penutup yang ber'emping' dan dasar pai menggunakan kerak/ pastri yang lebih berat, shortcrust yang stabil dan sewaktu dengannya. Maksudnya, Pot Pie ni adalah variasi antara banyak2 Pai la. Filling Pot Pie pulak ada macam-macam, bermula dari ayam, daging, turkey dan macam-macam lagi, ada gravy dan sayuran macam kacang peas, lobak merah, kentang dan sebagainya. - sumber: Wikipedia

Pot Pie aku x guna pastry base. cuma enclose saja guna puff pastry. so i used a tiny ramequin.

Moh kita begerak terus ke resepi. :D JOOOMMMM!

Ni la pastry yg aku guna. image source: Website Kawanfood


CHICKEN POT PIE

Bahan-bahan (aku tak measure bahan, ini aku agak-agak saja) :

8 biji ramekin saiz kecil
8 pcs readymade puff pastry | i guna jenama Kawan
300 gm isi ayam | Bahagian dada la paling best- potong dadu
1 cup stock ayam | aku guna serbuk stok ayam Tumix dilarutkan
1 cup susu full cream/ cooking cream
1/3 cup grated cheddar cheese
1/2 Yellow Onion | chopped
3 cloves of garlic | crush and chopped
2 tbsp butter
3 tbsp flour
a pinch of black pepper and white pepper
a sprinkle of dried oregano, basil and parsley. kalo ada yg fresh lagi yumss
half cup diced carrot
1/3 cup diced celery
1/3 cup green peas | i used can peas
1 Bay Leaf/ Daun Salam | used dried one
sebiji telur

Antara bahannya, dalam piring ikut putaran jam, Bawang Holland, butter. Cheddar Cheese, Carrot and Celery >_<

Cara- Cara:
1) Sediakan bahan-bahan. basuh ramekin, keluarkan puff pastry. dan pre-heat oven pada suhu 180c. ayam di perap dengan sedikit black pepper.
2) Masukkan butter ke dalam sauce pan, jgn hangus, tumiskan bawang putih n bawang holland yang telah di cincang halus dan sautee hingga transparent.
3) Masukkan tepung dan kacau jangan ada yang berketul. Masukkan stock ayam sikit-sikit dan susu full cream/cooking cream tadi. the gravy will thicken and creamy ;). bila dah sebati masukkan sayur-sayuran keras macam celery dan carrot tadi.biarkan mendidih. lihat konsistensi gravy... jika terlalu pekat. tambah sedikit air. medium heat
4) Masukkan isi ayam tadi dan slow cooked. jangan overcooked ayam anda. masukkan daun salam dan segala herbs. masukkan garam dan white pepper jika perlu.
5) Masukkan Cheddar Cheese dan biarkan larut sepenuhnya. Kemudian masukkan kacang peas. tutup api. ketepikan kuah.
6) Masukkan Cheesy Chicken Pot Pie Gravy tadi ke dalam setiap ramekin. ambil sekeping puff pastry tadi dan tutupkan ramekin anda. pecahkan telur dan pukul sedikit. sapukan bancuhan telur tadi ke atas puff pastry and make a slit (keratan?) di atas puff pastry untuk memudahkan pembebasan stim daripada gravy semasa di bakar . takla kulit pastry korang meletop nanti ehek.
7) susun semua Pot Pie ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit hingga pastry masak dan keemasan.
8) ENJOICE!!!

hot!

Selamat mencuba!!!



Sunday, 16 December 2012

Tarragon Chicken

Tarragon Chicken ni dah lama aku buat... saja jalan-jalan kat Jusco, ternampak Tarragon terus aku beli. haha. sakai a bit...

rasa tarragon herbs ni sedap gak. sampai aku rasa menyesal masak sekeping chicken breast ni sbb xleh nk tambah lg. haha. Keji... ngaku jela kuat makan. kan?kata nak kurus. kuruslah sgt! :P

tp sygnye takde side dish. it would be nice if ada garlic parsley potato salad. or any salad will do :P some carbs and nice drink. 

Resepinya aku dapatkan di dalam laman sesawang Food Network. tp mcm biasa, aku ubah suai sikit

Ni la tarragon Chicken aku yg humble. tp serious kalo ada side dish lagi sedap!

TARRAGON CHICKEN VERSI AKU 

Diubahsuai oleh: yours truly hehew

 Bahan-bahan

2 sudu besar Garlic Oil - aku guna homemade garlic infused oil - caranya smash bawang putih setangkai dan masukkan ke dalam mangkuk berisi minyak zaitun. bakar dlm oven selama 10minit. bole simpan :P. kalo tak smash je 2 ulas bawang putih

1 keping filet dada ayam | aku ketuk sikit supaya sama tebal dan cucuk guna garpu

1/2 biji bawang bombay - cincang | ni aku tambah

1/3 cup heavy cream/cooking cream

sebatang scallion | scallion tu daun bawang heheh... - hiris 

garam secukupnya | aku ganti dengan serbuk pati ayam tumix

segenggam tarragon herbs | fresh punya- chopped

sedikit fresh ground white pepper 

sedikit air - dalam 1/3 cawan


Caranya:

1. panaskan frying pan - masukkan minyak bawang putih

2. Sautee bawang putih dan bawang bombay anda.. masukkan separuh chopped tarragon tadi serta chopped scallions hingga lembut

3. ketepikan bahan di saute, masukkan ayam. dan biarkan ia masak . letakkan bahan sautee di atas ayam td. pastikan tidak hangus ya herbs tadi. 

4. masukkan serbuk pati ayam ke dalam air. kacau dan tuang ke dalam frying pan. biarkan ia mendidih bersama ayam. turunkan api ke low heat. biarkan ia merenih perlahan dlm 10 minit. terbalikkan. tutup kuali dgn penutup.

5. periksa ayam jika sudah masak sempurna. jangan overcooked your chicken ye? nti tak sedap. hehek. caranya. ambil pisau dan cucuk ke bahagian ayam yg paling tebal. sekiranya tembus licin dan mudah, ayam dh msk...angkat ayam masuk ke dalam pinggan. covers with aluminium foil.

6.ok, sisa2 di kuali td ada lg kan? theres a lot of flavours in it. jgn g basuh teruih kuali korg. syg wo. ambik heavy cream td dan tuang saja ke atas remaining chicken stock dlm kuali. rasa sampai cukup rasa masin. kalo tak, tambah garam or chicken stock. masukkan lebihan tarragon dan kacau sebati. 

7. tutup api dan tuangkan cream ke atas ayam td. sedia di makan~!


RESEPI ASAL TARRAGON CHICKEN

From : Foodnetwork.com

  Ingredients

  • 2 teaspoons garlic oil
  • 2 fat scallions or 4 skinny ones, thinly sliced
  • 1/2 teaspoon freeze-dried tarragon
  • 2 chicken breast fillets, skinless and boneless
  • 1/3 cup vermouth or white wine
  • 1/2 teaspoon kosher salt or 1/4 teaspoon table salt
  • 1/2 cup heavy cream
  • Fresh white pepper, to grind over
  • 2 teaspoons chopped fresh tarragon, plus a pinch more for sprinkling

Directions

Heat the garlic oil in a frying pan or Dutch oven that has a lid and in which the chicken breasts will fit pretty snugly. Add the scallions, stir, then sprinkle in the freeze-dried tarragon, stir again and cook them in the garlic oil for a minute, stirring some more as they cook.
Put the chicken fillets into the pan, curved side down, and cook for 5 minutes, watching the scallions don't burn. If they look like they're beginning to, scrape them from the pan and let them sit on the chicken pieces.
Turn over the breasts, and add the vermouth (or white wine). Let the vermouth bubble up, then add the salt. Put the lid on, turn the heat down low and leave it to simmer gently for 10 minutes. Check the chicken is cooked through by making a small cut into the thickest part and ensuring the juices run clear - if not, simmer for a few minutes longer and check again.
Remove the chicken breasts to warmed plates. Bring the remaining liquid to a boil, add the cream and stir well, then sprinkle in the fresh tarragon, stir again and give a good grind of white pepper.
Pour the sauce over the chicken breasts, and give a final scattering of tarragon to serve. 


selamat mencuba!