Monday 19 November 2012

Mango Salad ala Johnny's

Hai sume!

Aku dan H, dulu selalu makan kat restoran Johhny's. A restaurant which serve Authentic Thai cuisine. Aku suka sangat makan kerabu mangga kat Johnny's ni. Cukup perisa dan perasa. sungguh Yummy dan bak kata a judge from Masterchef US, Graham Elliot. "it was like a sex on a plate" LOL. 

Johnny's Mango Salad. Pic Courtesy of Google


ok dont get me wrong. its not that dirty k. hahaha. Kerabu mangga atau Mango saladnya mmg sedap. 

Tetapi, lantaran kesukaan aku serta ke-kedekot-an aku nak berbelanja rm 5+ untuk a plate of mango Salad tak termasuk govt tax, jadi aku decide buat sendiri di rumah. Berbantukan imaginasi aku untuk rasa dan texture serta bahan yang digunakan. adalah aku ubah sedikit menggunakan bahan yang ada di rumah sahaja. 

Al-kisah nya lepas aku beli buah mangga di Mydin tempoh hari. nampak kuning cantik kulitnya, rupanya mengkal lagi isi di dalam. Masam pulak tuh. Jadi pop in my mind terus untuk buat Salad mangga serupa Johnny's restaurant punya. (Ampun). Campak-campak akhirnya menjadi. cuma aku tak sempat ambil gambar sebab Handphone aku dah low battery dan juga kami terus makan masa tu. Pandang-pandang MIL aku tambah byk kali jugak. Alhamdulillah! >_<

Salad ini sepatutnya menggunakan udang kering namun malangnya udang kering kehabisan stok di rumah. tengah menggaul tu otak ligat fikir nak gantikan ngan apa. TING! udang geragau kering ada dlm freezer! wiwiwi.. jadi apa lg.. gantikan saja. Seriusly sedap juga gunakan udang geragau kering ni ;)

Jadi udoh2 le yer merepeknye... moh tengok resepi pulok~


KERABU MANGGA Ala Johhny's

BAHAN
1 biji Mangga besar - Sagat dan masukkan ke dalam peti sejuk.
2 sudu besar sos ikan
1 biji limau nipis - ambil jus
3/4 sudu besar gula - kurangkan atau tambah jika suka
3 biji cili padi - boleh tambah lagi jika suka pedas merahang
2 btg kacang panjang - hiris sepanjang seinci-seinci
1/2 cawan kacang gajus - goreng dgn sedikit minyak sehingga rangup
secubit garam - sos ikan dah cukup masin yer~
1 sdmkn udang Geragau kering - goreng dengan sedikit minyak - toskan
1/2 biji bawang merah besar - hiris halus
bawang goreng secukupnya

CARA-CARA
1. Masukkan sos ikan, gula, garam dan jus limau nipis ke dalam mangkuk. kacau rata. Rasa untuk mendapat keseimbangan rasa. kalau mangga dah manis2 kurangkan gula.
2. Masukkan kacang panjang yg di hiris ke dalam lesung dan tumbuk kasar, seterusnya tumbuk kasar kacang gajus goreng, cili padi thai, Masukkan semuanya ke dalam mangkuk berisi Mangga.
3. Masukkan bawang hiris dan juga campuran sos ikan tadi serta udang geragau kering. gaul rata bersama mangga.
4. Taburkan bawang goreng. 
5. Sedia di Makan.

SELAMAT MENCUBA!




1 comment: