Popular Posts

Saturday, 10 November 2012

Mother of All Pain

Setuju tak sakit gigi (selain beranak) adalah sakit yang teramat-amat lah sakitnya. Hangin seharian dibuatnya. Aku ni gigi salu bermasalah semenjak aku mengandungkan Ariana. Tampalan gigi tertanggal, berlubang, sompek. itu lah kekdahnya. So selepas dua tahun melahirkan Ariana, sekarang sakit gigi tu kembali lagi bila tampalan temporary untuk gigi berlubang yang sepatutnya di buat Root Canal Treatment tertanggal dan gigi tu retak. sakitnya hanya Allah yang tahu.

Kisah sakit gigi ni bermula masa aku gi Aeon Bandaraya dengan Kak Nurul. dia belanja makan Bagel Aunty Anne's yang maha sedap tu especially perisa almond. Masa tu temporary filling tu dh tertanggal. masa tengah mengunyah tetiba aku rasa benda meretak dalam mulut. dan aku tahu gigi aku arwah. bila balik rumah 1/4 gigi aku tertanggal dari tempatnya. Lokasi arwah adalah geraham bawah sebelah kiri. 

Jadi beberapa malam aku menderita sakit gigi. Sehingga satu malam aku tak tahan sampai nangis cam budak, Mr. H dah gelabah tanya sakit sangat ke? Aku jarang nk bgtau dia unless dh kritikal sangat. 

Esoknya dia bawak aku g klinik, tp bukan klinik pergigian kat poliklinik berhampiran rumah aku tp kat Peringgit dia bawak. jauh sikit dari rumah. Dalam perjalanan tu aku tak kisah apa dah, i just want the pain to go away ASAP.

masuk je klinik tu aku dah rasa seronok dan puas hati. bila seronok mula la nak compare dengan klinik satu lagi. Staff info kaunter yang sangat ramah. Lepas tu staff nurse yang kerja kat orthodontik kaunter pun sangat friendly dan lemah lembut. Doktor yang sangat bagus. Penuh motivasi dan kuasa positif. wakaka...

Jadi after an hour and half, selamat la gigi aku di cabut. sebab lepas dia biuskan gusi aku, dia biarkan aku rest untuk tunggu gusi aku betul2 numb. Sambil tu dia sempat settlekan few patient.

Sini aku kongsikan tips untuk mereka yang mencabut gigi.

1. Fikir positif, memang rawatan gigi takde nya yang tak sakit... tapi biar sakit sekarang dari lepas gigi kau jahanam, baru nk jumpa Dr.
2. Selawat, masa tengah cabut gigi tu... banyakkan selawat. mula2 gigi aku kena cabut memang aku rasa sakitnya, Nauzubillah... tp lepas tu aku tarik nafas dedalam dan selawat. baru ada rasa kurang sakit sebab aku alih fokus kepada memberi salam dan selawat dan istighfar berbanding fokus pada rasa sakit.
3. lepas cabut, gigit kuat-kuat kapas yang diberi Dr. jangan makan dan minum terus lepas cabut gigi. tunggu la pendarahan reda sedikit.
4. lepas beberapa hari gigi dicabut, iaitu bila dah tak menjejes darah dari gusi, cuba lihat semula gusi takut-takut ada sisa gigi tertinggal. sebab bila ada serpihan gigi tertinggal. Gusi lambat baik, dan silap-silap boleh bernanah. (dah experience 2x)
5. minum/makan yang sejuk2 je. macam aiskrim, air sejuk. tujuan untuk mengecutkan saluran darah dan mengurangkan pendarahan di gusi.
6. jangan berkumur-kumur sejurus lepas gigi di cabut. aku pun tak tau kenapa. tp tiap kali buat rawatan gigi mesti ni pesanannya hihi.
7. Rajinlah menjaga kesihatan gigi dengan menjaga kebersihan, pemakanan, dan selalulah membuat rawatan gigi secara berkala


Jadi tu la serba sedikit al-kisah gigi aku minggu lepas. hihi. lepas ni dah boleh baking dengan ati senang. 


BTW, KOS PEMBEDAHAN GIGI AKU?


RM 2 Saja! hihi

p/s: i forgot the tooth for the tooth fairy. huhuhuh!
p/p/s: will update a recipe for cream puff ;) stay tuned!


Regards!

4 comments:

  1. akk...gigi geraham syue yg bwj ni pn dh b'lubang, tp tkot nk cabut..huargh.

    ReplyDelete
  2. Baru cabut gigi tadi..balik rumah perasan masih ada serpihan tertinggal..nampaknya kena pergi lagi lah esok.

    ReplyDelete
  3. Baru cabut gigi tadi..balik rumah perasan masih ada serpihan tertinggal..nampaknya kena pergi lagi lah esok.

    ReplyDelete