Popular Posts

Tuesday, 22 January 2013

Lunch Quickies

Hi suma! its been a while tak jenguk blog. LOL. haritu dah tulis sikit entry santai skali aku terdelete. malas la pulak nak tulis balik.

By the way entry kali ni ringkas. Entry resepi lunch yang serba ringkas dan nak cepat. Masa tu Hubby dah nak g kerja so kena masak express la gamaknya. kehkeh... nothing much, just Siakap sweet and sour dan Kailan ikan masin jer.

ikut arah jam: Siakap, Kailan ikan masin dan Buah Belimbing


so, lets!

SIAKAP 3 RASA

by: Yours Truly (definitely versi campak-campak)

1 ekor ikan siakap | perap dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan sos ikan. goreng garing dan ketepikan
1 biji tomato | belah 4
1 btg Saderi | Hiris
3 keping nenas dlm tin | potong kiub - aku gunakan lebihan dari carrot cakes haritu
1/2 btg carrot | dadu
1/4 biji capsicum Merah | hiris pjg
1 btg Serai | titik
3 ulas bawang merah | tumbuk
4 ulas bawang putih | tumbuk
1 inci halia | tumbuk bersama bawang
1 sd besar tepung jagung | larutkan bersama sedikit air
2 sd besar sos tiram
3 sd besar sos tomato
1 sd besar sos cili/ cili boh
1/2 sd besar gula
sedikit bunga kobis
sedikit perahan lemon/ oren | aku guna air asam jawa jer ehek
sedikit minyak bijan
garam dan lada hitam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

1. Panaskan minyak bersama sedikit minyak bijan dan tumis bahan yg ditumbuk n di titik. tumis hingga wangi. masukkan sedikit ciliboh (Aku guna dlm 1 sdteh je sbb Mr. H tak suka pedas). masukkan segala jenis sos dan air asam jawa.
2. Masukkan sayur-sayuran. biarkan sekejap. rasa kuah. masukkan garam, gula n lada hitam jika perlu.
4. tutup api dan sira atas Ikan Siakap tadi ;). hiaskan dengan hirisan daun bawang. (aku tak letak pun)


RESEPI KAILAN IKAN MASIN

Sayur Kailan secukupnya
Sekeping ikan tenggiri in oil | pecah-pecahkan sedikit guna lesung
1 sdbesar sos tiram
2 biji cili padi hijau thai | pecahkan
2 ulas bawang putih | pecah-pecahkan
1/2 biji bawang bombay | hiris
sedikit air
hirisan lada merah
sedikit gula

Cara:
1. panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, cili padi dan bawang bombay hingga wangi. masukkan ikan masin tenggiri in oil dan tumis sekejap.
2. masukkan sos tiram dan gula. hirisan cili dan air.
3. apabila mendidih. masukkan sayur kailan. gaul hingga masak.
4. tutup api dan sedia dihidang!

selamat mencuba!






No comments:

Post a Comment