Tuesday 15 January 2013

Breastfeeding Pt 1

Hi everyone... hari ni kita takkan membincangkan perihal kalori (makan dan resepi). Tetapi saya akan berkongsi perihal 'breastfeeding' yang kian menjadi trend bagi ibu-ibu di Malaysia. yes, saya berani katakan BF ni dah jadi trend seantero Malaysia. kenapa? kerana kesedaran para ibu peri penting menyusukan anak menggunakan susu ibu yang fresh dan free lagi direct rezeki Allah bagi. Bukan itu saja, kebaikan susu ibu itu sendiri sebenarnya tak ada tandingan. tak caya? tengok ni...

Click untuk tumbesaran

Bukan nak merendah susu formula, jauh lagi ibu yang sudah berusaha memberi susu ibu namun rezeki tidak mengizinkan, tetapi betapa saya menghargai susu ibu dan berusaha memilihnya untuk anak saya selagi terdaya. Jadi post ini saya dedikasikan buat ibu-ibu dan bakal ibu yang berazam mahu menyusukan anak mereka sehingga lengkap dua tahun.

Alhamdulillah, perjalanan minima 2 tahun BF berjalan dengan jayanya. Tipu la kalau tak terharu kan. Apatah lagi saya pada ketika itu hectic dengan kehidupan sebagai undergraduate student di IPTA. dan kebetulan tahun akhir pengajian pula sibuk dengan latihan ilmiah (thesis). Saya juga berjauhan dengan anak pada setengah tahun yang pertama dan still, anak saya menyusu penuh Susu ibu hasil perahan. 

saya akan ceritakan sedikit tentang pengalaman menyusukan anak dari jauh. ini bukan kuasa psikik. tipu itu semua... 

produk susu ibu. ehek >_<


10 Dis 2010 , saya melahirkan seorang bayi perempuan yang kami namakan Ariana Surfina, bermaksud 'Full of life' dan 'Suci'. semasa mengandung saya cuba mencari dan mentelaah perihal breastfeeding seperti mengepam, penstoran susu, penjagaan susu dan penyediaan yang betul, pemilihan pam dan produk-produk yang perlu. Apa itu LDR, apa itu Marmet, apa itu Power Pumping dan method penyusuan selain direct feed, dan through bottle. Study ini saya lakukan sebagai persediaan setelah saya bersalin dan pada masa yang sama, masih lagi seorang mahasiswi. so kalo buat assignments tu, satu tab bukak info geografi, satu lg tab bukak info breastfeeding. gituwww... setelah 30 hari melahirkan anak, saya terpaksa meninggalkan nya di Melaka dan pulang ke kampus di Perak dengan hati yang lara. yela, sedih tau meninggalkan anak yg baru berusia sebulan.

Menjadi BF mom yang PJJ dengan anak bukan suatu tugas yang mudah, lebih2 lagi sbg seorang pelajar yang hectic. bergelumang buku, journal, laptop dan juga thesis2 kajian lepas. tak lupa pam susu dan juga cooler bag di sandang sekali bawak masuk library. Atas ihsan Mak Guard kat pintu masuk lebri saya bwk masuk cooler bag ke dalam library. 

setiap minggu saya akan travel pulang ke Melaka iaitu setiap khamis lepas class saya akan terus balik dari dewan kuliah ke terminal Bas utk ke KL dan sterusnya ke Melaka. mana yang cepat masa tu. sambil menggalas beg penuh stock susu dan jugak laptop dlm beg satu lg. Saya perlu disiplin diri pada ketika itu dengan mematuhi jadual pengepaman susu. mujur di Terminal Bersepadu Selatan menyediakan BF room yg sangat tenang n menyenangkan. jadi saya akan mengepam ikut jadual tak kira masa tu dalam train, or dalam bas dan jika bernasib baik ada bilik BF, mengepam di situ. jadi nursing cover, or pashmina sentiasa ada di dalam bag untuk waktu2 kecemasan.penstoran susu juga penting agar susu ketika sampai dalam keadaan selamat dan memerlukan usaha serta tawakal.

Pernah juga alami peristiwa production susu merudum, sore nipple, anak tak mahu botol, anak tak boleh latch dengan betul, susu tak di handle dengan betul. production terlalu banyak sampai petiais rumah sewa penuh n terpaksa tumpang peti ais rumah kawan. dan mcm2 lagi.

begitulah kehidupan pada tahun pertama. bermacam ragam dan gaya.

pada post akan datang saya akan kongsikan lg perihal breastfeed untuk anda ;) InsyaALLAH harapan agar dpt menjadi motivasi buat anda semua. Amin...



No comments:

Post a Comment