Popular Posts

Monday, 15 October 2012

Apple Crumble

Hai semua... Last week aku buat spring cleaning peti ais aku. Bak kata kawan aku, kalau masuk dalam tu boleh sesat. Mueheheheh. Bila bukak kotak bahagian sayur kat bawah aku terjumpa sepeket apple hijau. Dalam 6 biji gitu.  Aku baru teringat aku beli sebab nak jadikan juices. Kempen an apple a day kononnya. 

Finally aku fikir nak buat apple crumbles je. Dengan baki epal yg ada. Lepas rujuk beberapa resepi aku buat apple crumbles dan sesuaikan dengan bahan yang ada. And since aku dan Ariana penghidap eczema, maka terpaksa elak guna beberapa jenis bahan mcm Oat. 

Resepi ni gabungan beberapa resepi dan mostly dari koleksi Jamie Oliver la. aku ubahsuai sedikit ikut bahan yang ada.


Check2 aku tak ade baking dish yang sesuai dengan jumlah hidangan 3 biji apple tadi. So instead guna baking dish, aku gunakan ramequin yang aku beli dari KK Home Deco. Murah sesangat rm 1.70 satu. Tp masa tu ada offer dapat la RM 1.50 sebiji. So aku borong 10biji dgn harga rm 15 only :D



gambar tak jelas lak sebab aku upload guna smartphone. why??? why???


RESEPI

Filling
3 Biji Epal hijau - kupas, cored, dan slice. Tidak perlu nipis. Quartered kemudian potong 4.
1/3 sdteh serbuk kayu manis. (aku gunakan sebtg kayu manis dan potong 2. Guna sebelah saja)
1 sudu besar raw sugar/gula merah/dark muscovado sugar/jaggery sugar/brown sugar/ gula kastor pun boleh
1 sudu besar air
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk heavy based atau pan biasa pun boleh.
2. Masak dengan api perlahan rata-rata sehingga apple lembut dan gula mesra.
3. Tutup api dan ketepikan.


Crumbs
35 gm tepung gandum
30 gm butter sejuk - di potong kiub
20 gm gula castor
Secubit garam - aku xpakai sebab butter dah agak masin
1. Campur rata semua bahan kering
2. Butter sejuk di ramas sehingga menjadi seperti bread crumbs.

Apple crumble
1. Panaskan oven 170°c selama 10 min
2. Masukkan apple yang di masak ke dalam baking dish
3. Taburkan crumbs ke atas aple secara rata.
4. Masukkan ke dalam oven
5. 5 minit terakhir keluarkan dan taburkan gula perang ke atas apple crumble dan bakar semula untuk mendapatkan permukaan berkaramel dan rangup. Ni tips dari Shers yang hensem tu. Eh?
6. Masak dan hidang panas-panas




No comments:

Post a Comment