Popular Posts

Wednesday, 17 October 2012

Lemon Marble Cake

Yesterday my friend, Nurul (her husband were my hubby's golf bestfriend :P) ordered a butter shortbread dan Carrot Cakes from me... tapi kali ini saya gunakan resepi Butter Shortbread daripada Chef yang paling saya kagumi, Chef Gordon Ramsay. Resepi akan saya post kemudian. ;) sabar ye? Apapun tak menyempat balik ke rumah, anak-anaknya mengunyah tak henti... Kebetulan semalam dia bertanya tahu tak buat kek marble orang dulu-dulu yang pakai parutan kulit limau tu? saya kata tak pernah pulak buat kak. Jadi hari ini saya jenguk peti ais bahan-bahannya semua ada dan saya pun bersiar-siar ke blog Kak Rima, dan terjumpa resepi mudah ini. ;)





Dan sementara bersembang dengan Nurul, saya membuat kek lemon ini. Alhamdulillah, menjadi :)


RESEPI

Lemon Marble Cake




Di alih bahasa dan di ubahsuai dari Resepi : Rima (Bisousatoi.com)

Bahan- Bahan:

250 gm butter kurang masin (saya gunakan SCS) - extra untuk greasing
250 gm gula kastor
20 gm serbuk koko
85 ml jus lemon (kira-kira dari sebiji lemon)
1 1/2 sudu teh lemon zest (parutan kulit lemon)
250 gm tepung self-raising
4 biji telur (sederhana)

Cara- Cara:

1) Pre-heat oven anda 170'C. Griskan loyang spring-form 22cm dengan butter dan lapikkan keliling dan dasar menggunakan baking paper.
2) Pukul butter dan gula hingga kembang dan putih
3) Masukkan telur, satu persatu
4) Masukkan tepung dan pukul perlahan.
5) Masukkan jus lemon dan lemon zest pukul perlahan
6) Keluarkan 1/2 adunan dan masukkan serbuk koko. kacau hingga sebati.
7) Tuang adunan putih dahulu dan kemudian adunan koko berselang seli, lorekkan untuk mendapat corak Marble.
8) Bakar pada rak tengah 40-45 minit atau sehingga lidi yang dimasukkan ke tengah kek bersih.
9) Buka loyang dan tanggalkan kertas. Hidang ;)

Selamat mencuba!




No comments:

Post a Comment