Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Monday, 5 May 2014

Breastfeeding Part 4: Pumping at the workplace

Hi! :D Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sebagai ibu yang bekerjaya, dan dalam masa yang sama ibu yang fully breastfeed anak... masa yang ada di tempat kerja sangat-sangat-sangat lah terhad lagi-lagi bagi seorang guru seperti saya. apa yang saya lakukan ialah akan mengepam apabila ada 'gap' di antara waktu PdP dan di waktu rehat/ selepas solat.

Thanks to my Medela Freestyle for being such a powerful gadget to make everything possible with izin Allah. Alhamdulillah

tips-tips yang boleh saya kongsikan:

  1. SENTIASA prepare barangan untuk mengepam awal sebelum turun kerja bagi memastikan tiada yang tertinggal dan dalam keadaan kering.
  2. Bawa mesh bag untuk memudahkan pam anda kering bila di basuh
  3. Pastikan cooler bag dan ice pack anda berfungsi dengan baik (jika tiada fridge di tempat kerja). hal ini kerana ice brick Medela amat mudah hilang sejuk berbanding ice pack biasa. 
  4. Akan ambil peluang untuk power pumping jika ada masa terluang . in my case, PP sambil buat kerja menyemak buku murid atau membuat lesson plan. ofcourse la WELL COVERED kan?
  5. Jika pejabat/tempat kerja mempunyai pengudaraan yang baik, selepas mengepam boleh lah masukkan botol susu/pam parts yang telah di basuh untuk dikeringkan. jika tidak, memadai memasukkan pam ke dalam resealable bag dan sumbat ke dalam cooler bag. jadi anda tidak perlu ulang alik membasuh pam anda dan tunggu kering. 
  6. Saya menggunakan pam Medela freestyle di tempat kerja. setelah pulang, saya akan pam 1 sesi lagi dan membasuh, mensteril pam saya dan keringkan. dan sesi tengah malam menggunakan pam kedua saya iaitu Avent manual.



Tuesday, 15 April 2014

breastfeeding Part 3 - How i pump and store my EBM semasa berkursus.

Assalamualaikum dan hai semua!

cerita Breastfeeding tak mudah berakhir di situ saja tanpa saya kongsikan bersama kalian. baru-baru ni pula saya telah menghadiri Kursus selama 5 hari di Mersing Johor. well, kalau tidak silap saya jaraknya dari rumah lebih kurang dalam 140+ km. itu pun kalau Google Maps tidak menipu. hewheww...

Sebelum ini, semasa menjadi undergraduate students saya sudah melalui pengalaman PJJ dengan anak sejak dia berusia 30 hari dan sehingga dia hampir 6 bulan. hanya balik hujung minggu sahaja untuk hantar bekalan EBM. jadi kali ini situasinya tidak jauh beza, cuma kali ini saya berkursus, jadual agak padat dan, kali ini saya ada 'senjata' yg lebih ampuh iaitu pam elektrik double gaya bebas. berbaloi sangat :D yalah, berbanding pada zaman saya kurang berkemampuan semasa menjadi undergraduate students dulu, paling mampu ialah Avent Manual pump tu saja. tu pun masa tu harga nya 200 lebih. habis murah pn RM190. skali pos RM200 kalau beli online. sekarang? rm150 pn buleh dpt dh tau? 

Jadi kursus saya berlangsung 5 hari bermula seawal 6.30am sehingga 11.00pm. ada senam aerobik, ceramah bertingkek-tingkek, dan LDK untuk malam kebudayaan. jadi ini tips yang boleh saya kongsikan untuk ibu-ibu di luar sana. semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua, mana yang baik dan sesuai itu, ambillah ya...

maka ini perkara penting yang saya rasa perlu saya tulis di sini

1) KENALI TEMPAT PENGINAPAN
- ketahui/hubungi tempat menginap anda sepanjang kursus sama adamempunyai kemudahan peti ais di dalam bilik atau tumpangan peti simpanan beku (freezer) di hotel untuk menyimpan susu anda. di tempat saya menginap, tidak semua bilik mempunyai kemudahan peti ais ini. dan saya perlu menumpang peti beku aiskrim di hotel untuk membekukan susu.
- Ketahui jika hotel tempat menginap dapat menyediakan ais kiub untuk anda gunakan di dalam cooler box anda nanti semasa dlm perjalanan pulang. Luckily hotel tempat menginap sangat supportive. siap interview lagi.
peti aiskrim yang berjasa. ahaha.. jgn risau. saya angkat bakul jaring-jaring tu dan letak di bahagian bawah. letak semula jaring-jaring partition aiskrim tu. saya sediakan kotak kecil utk simpan susu saya. LABELKAN susu anda. (click untuk tumbesaran)
Dah sampai rumah... tiada satu pun EBM saya mencair... unbelievable


2) BARANG (keperluan mengepam) YANG PERLU DI BAWA
- Botol secukup nya atau Storage liner
- Breastpump dan semua BP parts - jangan tak tau saya sanggup minta taxi patah semula walaupun dah nak sampai semasa dalam perjalanan dari rumah ke tempat berkumpul sebelum bertolak menaiki bas. sebab corong pam tertinggal. hanya kerana CORONG (-_-)
- Liquid Cleanser n brush - penting untuk basuh botol. botol liquid cleanser besar? saya isi dlm storage bottle 2oz yg dh lama. jimat ruang lagi :D
- Mesh Bag - kalau dpt bawa drying rack lagi cuns
- Cooler bag dan ice pack
- Polisterine box or Cooler Box


ini antara yg saya bawa, storage bottle, sealing tape, kotak polisterin RM10 ajer. dan tiada dalam gambar ialah pen marker dan sticker utk label susu anda nanti :D

Mesh Bag, untuk mengeringkan bottle saya dan juga breastpump parts... gantung je kat tingkap sementara tunggu kering. senang kan? beli kat fabulousmom. murah ajer :D

2) MENGEPAM BILA MASA TERLUANG, DAN DISIPLINLAH MENJAGA WAKTU
disiplin itu penting.
- Saya mengepam average 3 jam sekali. dan saya juga mengepam jika ada masa free walaupun sepuluh minit, jangan buang masa... 
- Saya juga mengepam seawal semasa di dalam perjalanan (bas)pergi. kaji jadual anda betul2 dan ketahui di mana anda dapat 'mencuri masa' untuk mengepam.
- Jangan buang masa bersembang semasa makan. Jika takut di label anti-sosial, anda boleh bersosial pada waktu lain, iaitu waktu riadah, dan waktu aktiviti berlangsung. Hanya makan untuk jaga kualiti susu, bukan untuk mengketedarah sampai berjam-jam. Biasanya selepas makan, saya terus pulang ke bilik untuk solat, dan of course, mengepam. JANGAN ada perasaan untuk feeling-feeling 'take-a-nap' semasa lunch break atau gap antara slot berikutnya. contoh : jadual saya ada gap daripada 5.00pm-8.30pm. saya tidak tidur. cuma sandarkan tubuh dan rehatkan badan sambil mengepam. masa itu emas.
- Saya juga mengepam semasa slot ceramah berlangsung. yalah daripada duduk sajaaaa, dan dengar-tulis. eloklah di manfaatkan untuk mengepam, 15 minit pn cukup. dan ofcourse, WELL COVERED. pastikan aurat anda terjaga. saya cover guna pashmina yg tebal. orang sebelah pun tak perasan saya sedang mengepam. dan ulangan : study betul-betul jadual aktiviti supaya anda tahu jika aktiviti tersebut memerlukan pergerakan yang memustahilkan anda mengepam.
- Masuk awal ke tempat ceramah (saya masuk dalam 10minit awal - jika sempat) dan mula mengepam, masa tu lebih selesa sebab orang tak ada dalam dewan ceramah. saya akan bawa cooler bag dan ice pack untuk siang.
- Selepas slot terakhir (11pm), saya akan balik ke bilik, solat isyak bersihkan diri dan bersiap untuk tidur. TAPI! TIDAK AKAN SAYA BERANI TIDUR TANPA LENGKAP SATU JAM SESI POWER PUMPING. ingat! anak anda jauh... jika tidak, production anda boleh merudum.
- BANGUN AWAL! saya bangun 5.30am setiap pagi dan bersiap ambil wudhu sementara menanti waktu solat tiba. dan mengepam sementara menanti aktiviti di mulakan jam 6.20am. dapat la 6oz average . ok la kan daripada tak ada?

3) JADILAH SURVIVOR
- setelah mengepam, botol dan pam anda perlu di basuh. lap dahulu baru di jemur untuk memudahkan botol anda kering.
- Kalau rasa production agak merudum, semangat hilang secara tiba-tiba... tarik nafas dalam-dalam.. tenangkan fikiran dan bayangkan wajah anak anda tersenyum. kuatkan semangat... susu ibu hak anak anda.
- Bilik hotel tiada fridge dan buntu di mana nak letak susu untuk sesi pam sebelah malam? sediakan ice pack secukupnya di dalam cooler bag. ingat, susu akan bert tahan selagi ice pack anda beku sementara menanti subuh esoknya,

cara mengeringkan botol susu dan breastpump parts . guna sudu, dan cawan-cawan yg sudah di sediakan di dalam bilik.

kesian makcik hoskiping tengok botol bertaburan mcmni dalam bilik :P
 

4) SUDAH BERUSAHA, MAKA TAWAKKAL PULA
- Semasa menyimpan stock susu beku ke dalam peti polisterin berisi ais, saya amat2 memohon supaya Allah jagakan susu beku saya supaya tidak mencair dalam perjalanan. susun dengan pantas dan terus seal agar ebm anda tidak sempat mencair. Syukur, tiada satu pun EBM saya mencair. Ini cara saya gunakan semasa anak sulung dulu membawa stock susu beku menaiki bas dari Tg Malim ke Melaka (5jam perjalanan naik public transport) hanya, berbalut surat khabar, ice pack dan di simpan di dalam back pack biasa! Alangkah terkejutnya saya bila tiba d Melaka susu masih berasap-asap. dan jika mencair pun, cuma sedikit sahaja.Allahuakbar!

Dan jumlah terkumpul sepanjang berkursus... 95oz sahaja. semoga cukup untuk Alyaa.

itu sahaja perkongsian dari saya. semoga bermanfaat!



Saturday, 23 February 2013

Breastfeeding Pt2

Ramai yg tanya apa persediaan untuk menjadi BF-mom.
well i dont have a specific answer... tapi bagi ibu yang beginners dan mencari apa yg perlu tahu utk BF, bole cuba baca post ini :)

anyway--
first thing yg kita perlu lakukan ialah persediaan mental dan psikologi. sebab BF-Mom ini bukan suatu tugas mudah lebih-lebih lagi sebagai seorang wanita bekerjaya. Sebab kena konsisten. kena betul2 tekad dan usaha. kena tanam dalam fikiran aku byk susu dan cukup serta mampu susukan anak aku. unless mmg awal2 dah nak kasi Formula Milk. then go on... 

tp, cuba lah beri ASI selama yg boleh. you cant imagine how much benefit ASI kepada anak kita... 

Persediaan berikutnya ialah ilmu pengetahuan berkenaan Penyusuan SI ni. Lebih2 lagi ibu yg ingin menyusukan anak susuan sekali. memang banyak perlu dipelajari, baik ilmu penyusuan secara fizikal atau dari sudut keagamaan. contohnya dari petikan Hadith,

"indeed, Allah has prohibited (marriage) among suckling relatives, as He has prohibited it among birth (or blood) relatives)"

di dalam juga Islam turut menggalakkan penyusuan susu Ibu.

firman Allah S.w.t:

Maksudnya:
Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.
(Al-Baqarah 2:233)

Rasulullah s.a.w juga menegaskan perihal had umur bayi yang disabitkan hukum penyusuan iaitu selama dua tahun sebagaimana hadis baginda yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi:

Maksudnya:
Tidak akan menjadi mahram dari susuan kecuali susuan yang boleh membuka usus (membesarkan pertumbuhan anak) dan penyusuan itu hendaklah sebelum sampai dua tahun.

jgn hentam kromo saja. ilmu penyusuan penting kerana ilmu penjagaan/pengendalian susu perahan yg betul mampu mengekalkan dan membekalkan khasiat di dalam susu itu kepada anak.

Persediaan berikutnya, peralatan-peralatan utk menyimpan stok susu anda bagi ibu-ibu yang bekerja atau PJJ dengan anak. antara persediaan peralatan tersebut ialah:

1) Pam susu - pilihlah mengikut kesesuaian. tidak kira yg elektrik atau manual. Marmet (perah menggunakan tangan) juga salah satu cara memerah susu.
2) storage bottle/ bag - hal ini penting. pilihlah cara penstoran yg sesuai terutama bagi menyelesaikan masalah ruangan. Cara penyimpanan paling efficient adalah menggunakan storage bag, sgt menjimatkan ruang
3) peralatan lain seperti Cooler bag, Ice pack, peti ais, ice box, semua ini adalah bertujuan untuk memindahkan susu perahan dari tempat kerja ke rumah. penting.
4) Milk booster - not necessarily... tp kalau rasa nak jugak, buleh la.
5) lain-lain keperluan aksesori tambahan untuk penyusuan. contoh mcm milk collector.

Persediaan lain, ialah ketahuilah apa sahaja istilah penting dalam dunia penyusuan seperti let down reflex (LDR), Sore nipple, Blocked Duct, rustic pipe syndrome, dan bermacam-macam lagi ;)

ni masa aku kat Kolej. haha. segar dari ladang


Rujukan :  
Ayu Asma Yusuf (2002). Penyusuan Susu Ibu Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
http://duniasusuibu.com/