Popular Posts

Monday, 5 May 2014

Breastfeeding Part 4: Pumping at the workplace

Hi! :D Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sebagai ibu yang bekerjaya, dan dalam masa yang sama ibu yang fully breastfeed anak... masa yang ada di tempat kerja sangat-sangat-sangat lah terhad lagi-lagi bagi seorang guru seperti saya. apa yang saya lakukan ialah akan mengepam apabila ada 'gap' di antara waktu PdP dan di waktu rehat/ selepas solat.

Thanks to my Medela Freestyle for being such a powerful gadget to make everything possible with izin Allah. Alhamdulillah

tips-tips yang boleh saya kongsikan:

  1. SENTIASA prepare barangan untuk mengepam awal sebelum turun kerja bagi memastikan tiada yang tertinggal dan dalam keadaan kering.
  2. Bawa mesh bag untuk memudahkan pam anda kering bila di basuh
  3. Pastikan cooler bag dan ice pack anda berfungsi dengan baik (jika tiada fridge di tempat kerja). hal ini kerana ice brick Medela amat mudah hilang sejuk berbanding ice pack biasa. 
  4. Akan ambil peluang untuk power pumping jika ada masa terluang . in my case, PP sambil buat kerja menyemak buku murid atau membuat lesson plan. ofcourse la WELL COVERED kan?
  5. Jika pejabat/tempat kerja mempunyai pengudaraan yang baik, selepas mengepam boleh lah masukkan botol susu/pam parts yang telah di basuh untuk dikeringkan. jika tidak, memadai memasukkan pam ke dalam resealable bag dan sumbat ke dalam cooler bag. jadi anda tidak perlu ulang alik membasuh pam anda dan tunggu kering. 
  6. Saya menggunakan pam Medela freestyle di tempat kerja. setelah pulang, saya akan pam 1 sesi lagi dan membasuh, mensteril pam saya dan keringkan. dan sesi tengah malam menggunakan pam kedua saya iaitu Avent manual.



No comments:

Post a Comment