Showing posts with label FYI. Show all posts
Showing posts with label FYI. Show all posts

Tuesday, 12 March 2013

JOB

Last two weeks on 27th March ive been called for an interim teacher post in the school where i did my practicum. i was shocked and blurry because my name just came up for Job interview from SPP at Putrajaya on 6th March. all in the same time. confusing for which and what i should do, where to start whatsoever.

First thing first, i went to JPN for some briefing. and we are told to report duties on first March which i didnt. I've decided to went after my interview with SPP settled. 

Interview have went well (well, at least well for me. for iv-er... i am not pretty sure). im having a panic attack for almost everyday since my name hve been shortlisted for the interview. i even cannot sleep and eat for several times. 

It was a huge crowd at SPP. and i have to wait for 4 hours for my turn to be interviewed. 

i am lucky that my IV group was very active and responsive.and the interviewer said "Saya suka group ini ya. aktif dan responsive. tak ada lah saya mengantuk. jadi kumpulan ini interview habis cepat."

previous 4 group had been interviewed for 1 hour. and our group finished our session for just 30minutes! is that a good thing? :-S

so here's the thing... mula-mula masuk tu ketuk pintu dan beri salam. kalau kenal penemuduga lagi bagus. beri salam Assalamualaikum datuk, datin, cikgu, Tuan, Puan.. dan duduk bila di suruh. perkara pertama yang saya lihat dia memerhatikan wajah kami semua dan pakaian. termasuk lah kasut. mula-mula masuk bilik temuduga 9 tu mmg cuak dan tegang betul. tgn saya even menggeletar dan selawat saja dalam hati banyak-banyak.

1. mulanya kami di suruh memperkenal diri dan apakah pekerjaan yang dilakukan sementara menanti posting. tempat asal pun dia tanya.
2. dia tanya pasal program transformasi negara. she didnt mention program. cuma dia tanya, apakah aspek yang perlu bagi menjadikan negara kita maju dan membangun?
3. Krisis lahad Datu. sapakah menteri yang berasal dari Sabah yg kamu tahu? (kabinet) aku bengong g jawab Bung Mokhtar. erk. but she said its ok at least kamu peka dan ada knowledge
4. beralih kepada guru Cemerlang Geografi Pn. Hamidah. Pertama sekali di tanya tentang krisis lahad Datu berlaku di Felda mana
5. kemudian diberi satu helai kertas proposal untuk mengadakan program luar sekolah membawa pelajar. kami di minta menyenaraikan contoh objektif program yang sangat meyakinkan. Contoh Program ialah Biodiversiti
6. seterusnya kami di tanya bagaimana menulis refleksi PnP.
7. Apakah yg anda tahu tentang landskap utama Lumut?
8. Fenomena yang bakal berlaku pada 21 March. aku g jwb perubahan musim solstis. :-O


gitula sinopsis interview aku. haih. balik2 je aku sakit kepala 3 hari straight



Saturday, 23 February 2013

Breastfeeding Pt2

Ramai yg tanya apa persediaan untuk menjadi BF-mom.
well i dont have a specific answer... tapi bagi ibu yang beginners dan mencari apa yg perlu tahu utk BF, bole cuba baca post ini :)

anyway--
first thing yg kita perlu lakukan ialah persediaan mental dan psikologi. sebab BF-Mom ini bukan suatu tugas mudah lebih-lebih lagi sebagai seorang wanita bekerjaya. Sebab kena konsisten. kena betul2 tekad dan usaha. kena tanam dalam fikiran aku byk susu dan cukup serta mampu susukan anak aku. unless mmg awal2 dah nak kasi Formula Milk. then go on... 

tp, cuba lah beri ASI selama yg boleh. you cant imagine how much benefit ASI kepada anak kita... 

Persediaan berikutnya ialah ilmu pengetahuan berkenaan Penyusuan SI ni. Lebih2 lagi ibu yg ingin menyusukan anak susuan sekali. memang banyak perlu dipelajari, baik ilmu penyusuan secara fizikal atau dari sudut keagamaan. contohnya dari petikan Hadith,

"indeed, Allah has prohibited (marriage) among suckling relatives, as He has prohibited it among birth (or blood) relatives)"

di dalam juga Islam turut menggalakkan penyusuan susu Ibu.

firman Allah S.w.t:

Maksudnya:
Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.
(Al-Baqarah 2:233)

Rasulullah s.a.w juga menegaskan perihal had umur bayi yang disabitkan hukum penyusuan iaitu selama dua tahun sebagaimana hadis baginda yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi:

Maksudnya:
Tidak akan menjadi mahram dari susuan kecuali susuan yang boleh membuka usus (membesarkan pertumbuhan anak) dan penyusuan itu hendaklah sebelum sampai dua tahun.

jgn hentam kromo saja. ilmu penyusuan penting kerana ilmu penjagaan/pengendalian susu perahan yg betul mampu mengekalkan dan membekalkan khasiat di dalam susu itu kepada anak.

Persediaan berikutnya, peralatan-peralatan utk menyimpan stok susu anda bagi ibu-ibu yang bekerja atau PJJ dengan anak. antara persediaan peralatan tersebut ialah:

1) Pam susu - pilihlah mengikut kesesuaian. tidak kira yg elektrik atau manual. Marmet (perah menggunakan tangan) juga salah satu cara memerah susu.
2) storage bottle/ bag - hal ini penting. pilihlah cara penstoran yg sesuai terutama bagi menyelesaikan masalah ruangan. Cara penyimpanan paling efficient adalah menggunakan storage bag, sgt menjimatkan ruang
3) peralatan lain seperti Cooler bag, Ice pack, peti ais, ice box, semua ini adalah bertujuan untuk memindahkan susu perahan dari tempat kerja ke rumah. penting.
4) Milk booster - not necessarily... tp kalau rasa nak jugak, buleh la.
5) lain-lain keperluan aksesori tambahan untuk penyusuan. contoh mcm milk collector.

Persediaan lain, ialah ketahuilah apa sahaja istilah penting dalam dunia penyusuan seperti let down reflex (LDR), Sore nipple, Blocked Duct, rustic pipe syndrome, dan bermacam-macam lagi ;)

ni masa aku kat Kolej. haha. segar dari ladang


Rujukan :  
Ayu Asma Yusuf (2002). Penyusuan Susu Ibu Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
http://duniasusuibu.com/

Tuesday, 15 January 2013

Breastfeeding Pt 1

Hi everyone... hari ni kita takkan membincangkan perihal kalori (makan dan resepi). Tetapi saya akan berkongsi perihal 'breastfeeding' yang kian menjadi trend bagi ibu-ibu di Malaysia. yes, saya berani katakan BF ni dah jadi trend seantero Malaysia. kenapa? kerana kesedaran para ibu peri penting menyusukan anak menggunakan susu ibu yang fresh dan free lagi direct rezeki Allah bagi. Bukan itu saja, kebaikan susu ibu itu sendiri sebenarnya tak ada tandingan. tak caya? tengok ni...

Click untuk tumbesaran

Bukan nak merendah susu formula, jauh lagi ibu yang sudah berusaha memberi susu ibu namun rezeki tidak mengizinkan, tetapi betapa saya menghargai susu ibu dan berusaha memilihnya untuk anak saya selagi terdaya. Jadi post ini saya dedikasikan buat ibu-ibu dan bakal ibu yang berazam mahu menyusukan anak mereka sehingga lengkap dua tahun.

Alhamdulillah, perjalanan minima 2 tahun BF berjalan dengan jayanya. Tipu la kalau tak terharu kan. Apatah lagi saya pada ketika itu hectic dengan kehidupan sebagai undergraduate student di IPTA. dan kebetulan tahun akhir pengajian pula sibuk dengan latihan ilmiah (thesis). Saya juga berjauhan dengan anak pada setengah tahun yang pertama dan still, anak saya menyusu penuh Susu ibu hasil perahan. 

saya akan ceritakan sedikit tentang pengalaman menyusukan anak dari jauh. ini bukan kuasa psikik. tipu itu semua... 

produk susu ibu. ehek >_<


10 Dis 2010 , saya melahirkan seorang bayi perempuan yang kami namakan Ariana Surfina, bermaksud 'Full of life' dan 'Suci'. semasa mengandung saya cuba mencari dan mentelaah perihal breastfeeding seperti mengepam, penstoran susu, penjagaan susu dan penyediaan yang betul, pemilihan pam dan produk-produk yang perlu. Apa itu LDR, apa itu Marmet, apa itu Power Pumping dan method penyusuan selain direct feed, dan through bottle. Study ini saya lakukan sebagai persediaan setelah saya bersalin dan pada masa yang sama, masih lagi seorang mahasiswi. so kalo buat assignments tu, satu tab bukak info geografi, satu lg tab bukak info breastfeeding. gituwww... setelah 30 hari melahirkan anak, saya terpaksa meninggalkan nya di Melaka dan pulang ke kampus di Perak dengan hati yang lara. yela, sedih tau meninggalkan anak yg baru berusia sebulan.

Menjadi BF mom yang PJJ dengan anak bukan suatu tugas yang mudah, lebih2 lagi sbg seorang pelajar yang hectic. bergelumang buku, journal, laptop dan juga thesis2 kajian lepas. tak lupa pam susu dan juga cooler bag di sandang sekali bawak masuk library. Atas ihsan Mak Guard kat pintu masuk lebri saya bwk masuk cooler bag ke dalam library. 

setiap minggu saya akan travel pulang ke Melaka iaitu setiap khamis lepas class saya akan terus balik dari dewan kuliah ke terminal Bas utk ke KL dan sterusnya ke Melaka. mana yang cepat masa tu. sambil menggalas beg penuh stock susu dan jugak laptop dlm beg satu lg. Saya perlu disiplin diri pada ketika itu dengan mematuhi jadual pengepaman susu. mujur di Terminal Bersepadu Selatan menyediakan BF room yg sangat tenang n menyenangkan. jadi saya akan mengepam ikut jadual tak kira masa tu dalam train, or dalam bas dan jika bernasib baik ada bilik BF, mengepam di situ. jadi nursing cover, or pashmina sentiasa ada di dalam bag untuk waktu2 kecemasan.penstoran susu juga penting agar susu ketika sampai dalam keadaan selamat dan memerlukan usaha serta tawakal.

Pernah juga alami peristiwa production susu merudum, sore nipple, anak tak mahu botol, anak tak boleh latch dengan betul, susu tak di handle dengan betul. production terlalu banyak sampai petiais rumah sewa penuh n terpaksa tumpang peti ais rumah kawan. dan mcm2 lagi.

begitulah kehidupan pada tahun pertama. bermacam ragam dan gaya.

pada post akan datang saya akan kongsikan lg perihal breastfeed untuk anda ;) InsyaALLAH harapan agar dpt menjadi motivasi buat anda semua. Amin...



Wednesday, 12 December 2012

She's 2!

Semalam 101212 Anakanda aku telah menginjak usia 2 tahun! betapa cepat masa berlalu...

Lega hati, sebab dah lengkap dua tahun penyusuan susu ibu seperti yang aku  cita-citakan selama ni. :D ALHAMDULILLAH!!!

Teringat kembali detik aku mengandungkan dia dulu, dengan sarat tugas menjadi Mahasiswi, berhimpitan di dalam bas Kitaran UPSI. bertolak tarik dalam Komuter dan LRT, tak kurang lg melawan sesak dan terik cuaca di Jalan TAR masa aku giat bisnes tudung dan Kek lapis.

Masa kelahiran juga tidak memakan waktu yang panjang untuk aku menahan sakit kontraksi. Sungguh Allah Maha Penyayang... dan Terima Kasih Ibu serta Ayah menjadikan aku manusia dan melahirkan aku ke dunia yang fana ni. ehek~!

Syukur kehamilan dan kelahiran aku dipermudahkan Allah. dengan izinNya jua aku dpt kekalkan CGPA aku dalam senarai dekan dan paling penting, hak penyusuan 2 tahun telah terpenuhi...

*Nangis jap...

Skrg, dia dah 2 tahun... Aktif, sihat ceria dan paling penting, dia cukup untuk mencukupi aku. tak perlu dia jadi terlalu sempurna... Semoga menjadi anak yang Solehah ya? Boleh Mama buat Bekal akhirat kelak :')

Jadi Semalam kami buat jamuan kecil-kecilan untuknya. Gembira dia bukan kepalang...cuma planning si Mr. H agak last minit jadi aku pun agak blur apa yang aku kena buat heheh... jemputan pun kecil saja, ada la dalam 4 - 5 family terdekat.

Seronok, tp x reti tiup pun benda tu haha

Segala makanan dan minuman adalah 200% Homemade, kecuali Pizza dari Domino's... yang lain dari hidangan utama, sampingan malah pencuci mulut aku sediakan.  termasuklah Kek harijadinya... Menu Utama berupa Ketiaw Bakso Sapi, Pizza Domino's, Homemade Cheesy Wedges,Choc Moist Cupcake, Air Guava, Rainbow Cake with White Choc Mousse Filling and topped with Lemon Cream Cheese.

Checkered rainbow cake...Inilah yg termampu mama buatkan untuk Ariana... sekadar home baker saja... Alhamdulillah siap juga akhirnya...

Sisi Dalam.. kena kemas lagi. sebab aku kelam kabut buatnya. ketaq jari mak nyah. Tema tak leh lari dari Angry Bird ye?

dh siap Icing

 Jadi Majlis bermula dengan makan-makan, berbual dan ramah mesra... diakhiri dengan majlis memotong kek. Syukur! Kek pun sekejap je licin. Alhamdulillah... bolehla korang suma tempah ek? haha!

Terima kasih pada jemputan yang datang serta hadiah yang diberi.

- Syukur!






NOTA KAKI: "WE DELAY WE PAY" ... Menarik woo!

Saturday, 10 November 2012

Mother of All Pain

Setuju tak sakit gigi (selain beranak) adalah sakit yang teramat-amat lah sakitnya. Hangin seharian dibuatnya. Aku ni gigi salu bermasalah semenjak aku mengandungkan Ariana. Tampalan gigi tertanggal, berlubang, sompek. itu lah kekdahnya. So selepas dua tahun melahirkan Ariana, sekarang sakit gigi tu kembali lagi bila tampalan temporary untuk gigi berlubang yang sepatutnya di buat Root Canal Treatment tertanggal dan gigi tu retak. sakitnya hanya Allah yang tahu.

Kisah sakit gigi ni bermula masa aku gi Aeon Bandaraya dengan Kak Nurul. dia belanja makan Bagel Aunty Anne's yang maha sedap tu especially perisa almond. Masa tu temporary filling tu dh tertanggal. masa tengah mengunyah tetiba aku rasa benda meretak dalam mulut. dan aku tahu gigi aku arwah. bila balik rumah 1/4 gigi aku tertanggal dari tempatnya. Lokasi arwah adalah geraham bawah sebelah kiri. 

Jadi beberapa malam aku menderita sakit gigi. Sehingga satu malam aku tak tahan sampai nangis cam budak, Mr. H dah gelabah tanya sakit sangat ke? Aku jarang nk bgtau dia unless dh kritikal sangat. 

Esoknya dia bawak aku g klinik, tp bukan klinik pergigian kat poliklinik berhampiran rumah aku tp kat Peringgit dia bawak. jauh sikit dari rumah. Dalam perjalanan tu aku tak kisah apa dah, i just want the pain to go away ASAP.

masuk je klinik tu aku dah rasa seronok dan puas hati. bila seronok mula la nak compare dengan klinik satu lagi. Staff info kaunter yang sangat ramah. Lepas tu staff nurse yang kerja kat orthodontik kaunter pun sangat friendly dan lemah lembut. Doktor yang sangat bagus. Penuh motivasi dan kuasa positif. wakaka...

Jadi after an hour and half, selamat la gigi aku di cabut. sebab lepas dia biuskan gusi aku, dia biarkan aku rest untuk tunggu gusi aku betul2 numb. Sambil tu dia sempat settlekan few patient.

Sini aku kongsikan tips untuk mereka yang mencabut gigi.

1. Fikir positif, memang rawatan gigi takde nya yang tak sakit... tapi biar sakit sekarang dari lepas gigi kau jahanam, baru nk jumpa Dr.
2. Selawat, masa tengah cabut gigi tu... banyakkan selawat. mula2 gigi aku kena cabut memang aku rasa sakitnya, Nauzubillah... tp lepas tu aku tarik nafas dedalam dan selawat. baru ada rasa kurang sakit sebab aku alih fokus kepada memberi salam dan selawat dan istighfar berbanding fokus pada rasa sakit.
3. lepas cabut, gigit kuat-kuat kapas yang diberi Dr. jangan makan dan minum terus lepas cabut gigi. tunggu la pendarahan reda sedikit.
4. lepas beberapa hari gigi dicabut, iaitu bila dah tak menjejes darah dari gusi, cuba lihat semula gusi takut-takut ada sisa gigi tertinggal. sebab bila ada serpihan gigi tertinggal. Gusi lambat baik, dan silap-silap boleh bernanah. (dah experience 2x)
5. minum/makan yang sejuk2 je. macam aiskrim, air sejuk. tujuan untuk mengecutkan saluran darah dan mengurangkan pendarahan di gusi.
6. jangan berkumur-kumur sejurus lepas gigi di cabut. aku pun tak tau kenapa. tp tiap kali buat rawatan gigi mesti ni pesanannya hihi.
7. Rajinlah menjaga kesihatan gigi dengan menjaga kebersihan, pemakanan, dan selalulah membuat rawatan gigi secara berkala


Jadi tu la serba sedikit al-kisah gigi aku minggu lepas. hihi. lepas ni dah boleh baking dengan ati senang. 


BTW, KOS PEMBEDAHAN GIGI AKU?


RM 2 Saja! hihi

p/s: i forgot the tooth for the tooth fairy. huhuhuh!
p/p/s: will update a recipe for cream puff ;) stay tuned!


Regards!

Monday, 29 October 2012

Percaya dan Yakin


Im suffering sakit gigi yg maha dahsyat sama mcm sakit gigi ms aku pregnant dlu. 

Apa aku mahu kongsi ialah Pasal percaya dan yakin. 

Hari tu aku tonton rancangan ttg keajaiban air zam zam.

Jadi td aku tengah bergulung mcm tenggiling sbb sakit sgt tetiba. Aku tringat ada sebotol air zam zam diberi jiran aku seorg indonesian iaitu ibu rini pada aidilfitri lepas.

Dengan yakin dan percaya aku berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w aku memohon kepada Allah agar dia hilangkan sakit ku ini. Dan jila sakit ini baik buatku dan mengingatkn ku padaNya maka kurangkan lah sedikit sakitnya.

Few minutes later kesakitan tu betul2 berkurangan walau msh bdenyut.

Subhanallah

Maha suci Allah pemilik diri ini.

P/s: pls take enouGh calcium especially when u pregnant And breastfeed your baby

Thursday, 18 October 2012

Food and Memories

Salam semua... hari ini aku terasa agak sentimental sedikit. Maka ingin dikongsikan dengan anda semua tentang makanan yang mengingatkan aku kepada orang yang aku rapat... Family, Friends... kadangkala memasak/ membuat/ makan makanan tersebut membuatkan memori di dalam kotak ingatan tersingkap kembali...

Friday, 12 October 2012

Tips of the Day - Chilled Cheesecake

Hai semua..
Pada kawan-kawan yg nk buat cheesecake jenis chilled. Ni tips dia... lapikkan base spring form menggunakan baking paper dan grease menggunakan butter sekelilingnya. Cara ini mudah untuk mengeluarkan kek apabila kek anda sudah 'set'. Cuma lalukan pisau plastik di sekeliling loyang dan buka clip loyang anda. Selit pisau di bawah kek untuk menanggalkan baking paper... angkat kek ke atas pinggan atau alas kek. Wallah!

Tuesday, 9 October 2012

Bahasa

few peoples demanded me to write this blog in Bahasa Melayu. well, i guess i will write in BM after this. unless if you really need translation in English. just shoot my mail. ok? my email adress can be found in "About Me" tab up there :D

xoxo

Saturday, 29 September 2012

How safe is Safe?

 
STORY OF COSMETICS


after 25 yrs of living, i suddenly concern about product i used. How safe they are tho stated as ORGANIC, NATURAL and SAFE?

Pic Courtesy of Google

Couple years ago i started to read whats in my cosmetics bottle. My shampoo, facial stuff and other, from facial, to clothing care. I wonder how does my shampoo makes my hair feel so smooth and shiny... and what is all of these Methylparaben, Isobutylparaben, Tetrasodium EDTA and all those very scientifical-and-chemial-sounded ingredient?