Saturday 23 February 2013

Breastfeeding Pt2

Ramai yg tanya apa persediaan untuk menjadi BF-mom.
well i dont have a specific answer... tapi bagi ibu yang beginners dan mencari apa yg perlu tahu utk BF, bole cuba baca post ini :)

anyway--
first thing yg kita perlu lakukan ialah persediaan mental dan psikologi. sebab BF-Mom ini bukan suatu tugas mudah lebih-lebih lagi sebagai seorang wanita bekerjaya. Sebab kena konsisten. kena betul2 tekad dan usaha. kena tanam dalam fikiran aku byk susu dan cukup serta mampu susukan anak aku. unless mmg awal2 dah nak kasi Formula Milk. then go on... 

tp, cuba lah beri ASI selama yg boleh. you cant imagine how much benefit ASI kepada anak kita... 

Persediaan berikutnya ialah ilmu pengetahuan berkenaan Penyusuan SI ni. Lebih2 lagi ibu yg ingin menyusukan anak susuan sekali. memang banyak perlu dipelajari, baik ilmu penyusuan secara fizikal atau dari sudut keagamaan. contohnya dari petikan Hadith,

"indeed, Allah has prohibited (marriage) among suckling relatives, as He has prohibited it among birth (or blood) relatives)"

di dalam juga Islam turut menggalakkan penyusuan susu Ibu.

firman Allah S.w.t:

Maksudnya:
Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.
(Al-Baqarah 2:233)

Rasulullah s.a.w juga menegaskan perihal had umur bayi yang disabitkan hukum penyusuan iaitu selama dua tahun sebagaimana hadis baginda yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi:

Maksudnya:
Tidak akan menjadi mahram dari susuan kecuali susuan yang boleh membuka usus (membesarkan pertumbuhan anak) dan penyusuan itu hendaklah sebelum sampai dua tahun.

jgn hentam kromo saja. ilmu penyusuan penting kerana ilmu penjagaan/pengendalian susu perahan yg betul mampu mengekalkan dan membekalkan khasiat di dalam susu itu kepada anak.

Persediaan berikutnya, peralatan-peralatan utk menyimpan stok susu anda bagi ibu-ibu yang bekerja atau PJJ dengan anak. antara persediaan peralatan tersebut ialah:

1) Pam susu - pilihlah mengikut kesesuaian. tidak kira yg elektrik atau manual. Marmet (perah menggunakan tangan) juga salah satu cara memerah susu.
2) storage bottle/ bag - hal ini penting. pilihlah cara penstoran yg sesuai terutama bagi menyelesaikan masalah ruangan. Cara penyimpanan paling efficient adalah menggunakan storage bag, sgt menjimatkan ruang
3) peralatan lain seperti Cooler bag, Ice pack, peti ais, ice box, semua ini adalah bertujuan untuk memindahkan susu perahan dari tempat kerja ke rumah. penting.
4) Milk booster - not necessarily... tp kalau rasa nak jugak, buleh la.
5) lain-lain keperluan aksesori tambahan untuk penyusuan. contoh mcm milk collector.

Persediaan lain, ialah ketahuilah apa sahaja istilah penting dalam dunia penyusuan seperti let down reflex (LDR), Sore nipple, Blocked Duct, rustic pipe syndrome, dan bermacam-macam lagi ;)

ni masa aku kat Kolej. haha. segar dari ladang


Rujukan :  
Ayu Asma Yusuf (2002). Penyusuan Susu Ibu Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
http://duniasusuibu.com/

No comments:

Post a Comment