Friday 30 November 2012

Homemade Beef Lasagne

Lasagne @ Lasagna ni sebenarnya sejenis kepingan pasta yang nipis, lebar, rata dan antara pasta jenis yang tertua. Perkataan Lasagne tu sendiri bermaksud sejenis pasta nipis bersama sos yang berlainan dan dibakar di dalam oven. Di Selatan Itali, doh pasta disediakan menggunakan semolina dan air, manakala di kawasan utara pula di mana semolina sukar didapati hanya menggunakan tepung dan telur sahaja. Kini pasta di italy diperbuat menggunakan Durum Wheat (gandum semolina) dan telur. (alih bahasa dari Wikipedia.entah betul ke idak ni?ahaks)

"Lasagne (/ləˈzænjə/ or /ləˈzɑːnjə/, Italian pronunciation: [laˈzaɲːe]), U.S. spelling sometimes lasagna, is a wide, flat pasta shape and possibly one of the oldest.[1] The word also refers to a dish made with this type of pasta with different sauces and baked in the oven. As with most other types of pasta, the word is a plural form, lasagne meaning more than one piece of lasagna ribbon. Traditionally, the dough was prepared in Southern Italy with semolina and water and in the northern regions, where semolina was not available, with flour and eggs. Today in Italy, since the only type of wheat allowed for pasta is durum wheat, lasagne are made of semolina (from durum wheat) and eggs" - Source: Wikipedia

Hurm... aku pasti sesangat korang sume tau amende la lasagna ni kan? Ala, makanan feveret si kucing demok Garfield tuh la ...


gituh la kekdahnya
Aku dah lama nak buat pasta homemade ni sebenonye... tapi asyik bertangguh. Satu hari aku tercengang bila bukak freezer tengok berketul-ketul rezeki daging korban belum berusik. Aku bilang pada diri "ini tak bole jadi, harus ku masak jadi sesuatu"
Jadi daging tu sempat menjadi daging masak hitam 2 kali. Lasagne satu dulang, asam pedas tetel , sup daging dan sekarang ada tinggal sikit lagi mungkin buat sup untuk Ariana. Si kecik tu suka sangat menghirup sup.

ok ok, enough ramblings... Resepi ni di ambil daripada blog iniyangkulakukan. Basically lasagne ni adalah lapisan pasta bersama lapisan cheese, sos putih (beschamel), cheese dan kuah daging (tomato beef sauce). Jujur aku kata enjoy sungguh membuatnya. Why? sebab aku buat everything from scratch! Pasta homemade, mencincang daging, sauce... all homemade...

Ok, secara umumnya komponen Lasagne ni terdiri daripada :
1) Pasta Lasagne - prefer homemade. lagi sedap!
2) Beef tomato sauce
3) Beschamel sauce
4) Grated Parmesan + Mozarella


Jadi kita terus dengan resepi. bole?

Resepi Pasta
3.4 cawan tepung gandum (lebihkan untuk dusting)
1 biji telur
minyak zaitun sedikit
secubit garam

Cara-cara:
1) buatkan telaga di tengah2 tepung seperti dalam gambar
2) pecahkan telur. whisk telur dan tarik sedikit demi sedikit tepung bersama telur dan jika telur dah diliputi telur, uli (knead) selama 3 minit. Jika Doh terlalu keras dan susah di uli, tuang sedikit minyak sebesar duit 20sen lama dan uli doh semula. (doh seperti gambar kedua di bawah) rehatkan selama 15 minit di bungkus guna cling wrap.
4) uli lagi selama 3 minit. canai senipis mungkin menggunakan rolling pin. Part ni mmg letih sebab doh perlu di canai senipis kertas. tp kalo ada pasta machine, gelek ajer.~
5) potong ikut bekas lasagna. didihkan air bersama garam dan minyak zaitun. rebus selama 3 minit.

doh yang belum di canai. rehatkan

canai jgn x canai

senipis yang mungkin. nipis mcm kertas ker.gittew
Untuk Sauce pula, saya ada buat sedikit penambahan bahan. Biasakla, anak murid derhaka. erk. Ampun tuan blog ye? hehe...

Resepi Beef Sauce

Resepi Asal: Iniyangkulakukan.blogspot.com
Diubahsuai : Suzy

Bahannya:
300gm Daging Kisar (saya cincang sendiri di rumah - lg sedap ehek)
1 tin tomato puri - saya guna jenama Kimball
2 biji Bawang besar kuning - saya guna sebiji saja
3 ulas bawang putih
1 btg saderi - kiub
1 biji lobak merah - kiub
5 biji tomato masak - kiub | saya hanya guna 2 biji tomato, besar punya
1/2 cwn susu segar
2 1/2 tin air masak - tin tomato puri tadi ok?
2 sudu besar EVOO
1 sd besar Sos Worchestershire | Saya tambah
1 helai daun Salam |saya tambah
Italian Herbs | Saya hanya gunakan herbs yg ada di rumah saja iaitu Dried Parsley dan Dried Basil

Cara-Cara penyediaan:
1. Panaskan saucepan bersama EVOO, tumis bawang putih, daun salam (Bay leaf) dan bawang besar. sehingga lembut dan transparent.
2. Masukkan daging cincang dan susu. biarkan bertukar warna kecoklatan. Masukkan sayur-sayuran kecuali tomato. biarkan selama 2-3 minit. Masukkan tomato puri, sos worchestershire dan buah tomato kiub tadi.
3. Masukkan air. Biarkan mereneh selama 30minit. sehingga sayuran lembut dan memekat,
4. Perasakan dengan garam, lada hitam dan Italian Herbs. tutup api dan ketepikan.


OK, kuah pun dah siap dah ni... jadi apa kata kita pergi ke resepi seterusnya... iaitu Beschamel Sauce. atau sos putih yang creamy dan cheesy. digunakan dalam lapisan Lasagna kita nanti untuk melekatkan setiap komponen Lasagne dan juga memberi rasa serta tekstur creamy melting2 in da mouth. ehek

Resepi Beschamel Sauce

Bahan:

2 sd besar butter
3 sd besar tepung gandum
1 cawan susu segar
1/2 cawan keju Cheddar

Cara Penyediaan:
1. Cairkan butter menggunakan medium heat | berhati-hati jgn smp hangus atau bertukar warna perang
2. Dump in tepung dan kacau menggunakan whisk hingga tiada ketulan.
3. Tuang susu segar sedikit demi sedikit sambil whisk.
4. masukkan cheese dan kacau hingga keju mesra di dalam sauce
5. taburkan secubit herbs dan lada hitam

Beschamel Sauce. comel gitew. ehek

Ok, setiap komponen lasagne dh siap, skrg kita assemble pulak ye? hehe

1. Sediakan baking dish. Sapu sedikit butter
2. Ratakan Beef Sauce, Letakkan kepingan lasagne yg telah direbus. ratakan beschamel sauce. dan taburkan Cheese Parmesan, Mozarella atau Cheddar... Keju, mana x sedap kan?
3. Ulang langkah 2 hingga mendapat 3 lapisan semuanya, lapisan terakhir taburla cheese byk sket ye?.
4. Bakar selama 45 minit , 200 darjah celcius. tutup dengan foil dan bakar lagi selama 10 minit. Siap!


Lasagne, comot sikit sebab kuah tak ckup pekat. ni keje org x sabo.


Nota:
1) Lasagne adalah hidangan mudah dan ringkas kerana anda boleh menyediakannya awal, simpan dan bakar apabila tiba waktu makan
2) Biarkan Lasagne anda sebentar selepas di bakar. supaya cheese set dan tidak comot dan hancur bila dipotong

Selamat Mencuba!


No comments:

Post a Comment