Saturday 22 December 2012

Homemade Ayam Penyet

Alkisah Nasik Ayam Penyet ni tercetus bila hari rabu arituh aku dan H pergi ke Muo jemput emaknya di sana. Jadi masa otw balek tak tau nak makan kat mana... H pn ajak mkn kat Asam Pedas Ani Parit Jawa. Rating bole la 5/10... hurm. just too far to meet my liking. kot? Or mungkin sebab tak children-friendly, semua mknn pedas iaitu set nasik dan Asam pedas cuma ikan je lain-lain. Or mungkin aku suka Asam pedas Melaka je. hahah~ mentang2 MIL bagi highscore Masakan2 Melaka aku kan. terus la masuk bakul. pui!

Jadi masa duk sibuk fikir nak dinner kat mana tetiba MIL aku pn suggest "Nasi Ayam Penyet situ nak?" . H malas nak pusing balik jadi parking je la kat Asam Pedas tu. Dalam ati ckp "plis la Nasi Ayam Penyet. Plis laaa". tp ahernya dia singgah jugak Asam pedas itu. haih. takpe, Syukur! haha. :P

Jadi last night aku kepeningan tak tahu ape benda aku nak masak. tengok dlm fridge ade sekor Ayam belum berusik. aku pun ape lg, teringat kata-kata MIL aku pasal Nasik Ayam Penyet terus aku terasa nk try masak. yer, baru nak try~ jadi tak jadik tu belakang kira. yg penting cuba ye dop?

Kebetulan la hari sebelum tu aku ada ter-share resepi ni kat FB. jadi aku dengan rakus membuka balik resepi itu untuk rujukan. Resepi nya di kongsikan oleh K1 dari Resepicitarasawan dan rujukan asal dari blog Amy@senang-senangsinggahlah. Aku suka sangat rujuk blog resepi K1 ni sebab penuh info, resepi yang confirm jadi dan paling penting... gambar2 yang di ambil sangat menarik dan... er aku bole kata sgt profesional. Segan pulak dengan blog sendiri (T_T). 

ok la, panjang pulak membebelnya.huks. jom tengok resepi pulak!

Ok la tu kan for the first try ehek...


AYAM PENYET

1) Untuk Ayam

Bahan-bahan:
1 ekor Ayam di belah 4 
2 keping tauhu - potong tiga segi | aku terlupa beli jadi non hado
1 Peket tempe - potong nipis | aku pakai 2 peket
1 ikat sayur kangkung - celur | pun ... non hado
Kobis potong empat segi
1 biji timun - di hiris nipis

Bahan untuk rebusan Ayam:
Bahan A
50gm bwg merah* - aku pakai dalam 6 ulas
30gm bwg putih* - dalam 4 ulas aku guna
20gm lengkuas* - aku guna dalam 1.5 inci
10 gm kunyit hidup* - aku guna dlm 1 inci
1 sdteh garam
1 sdbesar gula - aku guna stgh sudu bsr je
500 ml santan - aku guna sekotak santan 200ml n tambah 300ml air saja
(bahan * di kisar)

Bahan B
150 gm tepung beras
1bj telur
200ml air rebusan ayam (dari A)
1/2 sdteh garam | aku guna garam organik
1/2 sdteh gula
(gaul kesemua bahan sekata)


Cara Penyediaan:-
1. Potong ayam 4 bahagian dan bersihkan
2. Rebus ayam bersama bahan kisar beserta santan
3. Masukkan garam dan gula
4. Masaklah hingga pecah minyak dan kuah bertukar kuning | aku wat sampai nampak minyak terapung2 dh kt atas
5. Angkat ayam dan ketepikan
6. Bancuh B dan salut ayam rebus, tempe dan tauhu |aku celup ayam je. tempe idok
7. Panaskan minyak dan gorenglah semua tempe, ayam tauhu tadi hingga kekuningan dan angkat. aku goreng tepung bancuhan tadi jadikan kerak rangup yummy yummy 
8. Hidangkan bersama kangkung, timun, tempe goreng, nasi dan sambal


Untuk sambal pulak, mmg hasilnya sebalang. tp boleh simpan untuk stok akan datang heheh. serius MIL aku suka sambal ni sampai bertambah2 makan.

2) Sambal

Bahan-bahan:
Sedikit minyak masak
20 btg cili merah (nak pedas buh lbih)
10 biji cili padi
10 ulas bwg merah kecil | hiris
3 ulas bwg putih | hiris
5 tomato | belah 4
5cm belacan
2 sudu besar ikan bilis
3 sudu gula merah atau secukupnya

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. goreng rangup ikan bilis, angkat dan ketepikan
2. goreng belacan seketika, ketepikan
3. Masukkan bwg merah, bwg putih, dan cili, Apabila dah layu. Masukkan tomato, gaul dan tutup api.
4. sejukkan semua bahan yang telah digoreng tadi
5. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar atau lengsung batu. kisarlah atau tumbuk  hinggat separa halus
6. Masukkan semua bahan tumbuk tadi ke dalam periuk dan reneh seketika..
7. Masukkan gula merah dan gaul
9. Rasa untuk memastikan rasanya ngam~!

Nota K1: sambal ni boleh dibuat sehari awal.

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment