Monday 17 September 2012

Butter Prawn

This recipe were taken from my previous blog... I loved making butter Prawn because its easy to prepare and definitely Yumms. but this recipe written in Malay Language :D


 



Resipi ni diambil dari blog Chef Kamarul, dinyatakan bahawa resipi beliau adalah original daripada Chef berbangsa Cina. Tetapi di ubahsuai sedikit kerana Hubby tak makan pedas. :D

THE RECIPE 

By : Suzy
Inspired by : Chef Kamarul

Bahan:
Udang Secukupnya (saya menggunakan 8 ekor udang besar XL bersih dan toskan airnya)
3 biji kuning telur
3 sudu butter atau secukupnya
Daun Kari segenggam
Garam dan Gula
Susu Cair
Serbuk Kari
Serbuk Kunyit
Serbuk Lada hitam
Bawang Putih+ Merah cincang (saya hanya guna bawang putih sahaja)
Cili Padi (tidak digunakan)
Langkah 1: Untuk Egg Floss
1- Panaskan Kuali
2- Masukkan 2- 3 sudu butter bersama minyak masak utk mengelakkan butter anda daripada menjadi hangus (hitam)
4- Pukul sedikit telur kuning. sikit saja ok. sikit!
5- Menggunakan senduk bulat, kacau butter+minyak yg dah panas td dalam gerakkan membulat dan laju. mangkuk berisi telur kuning tadi hendaklah di angkat tinggi dari kuali dan tuang sedikit2 tapi berterusan sambil tangan sebelah masih lagi mengacau dengan lajunya.
6- biarkan sebentar sehingga floss anda berbuih dan angkat serta tuskan egg floss tersebut. Ketepikan

Langkah 2: udang
1- Lebihan minyak+ butter untuk menggoreng floss tadi masukkan udang dan kacau sampai udang hampir masak. Dalam resipi ini saya terlebih dahulu memerap udang dengan sedikit serbuk kunyit, kari, black pepper dan garam.

Langkah 3: Butter Sauce
1- Panaskan minyak+ butter dalam kuali bersih.
2- tumis bawang putih dan merah (saya hanya gunakan bawang putih)
3- masukkan daun kari dan cilipadi , garam dan gula
(aku letak sikit serbuk kari)
4- masukkan susu cair . kalau nak basah+creamy lagi letak lebih sikit. Jika tidak letak sedikit sahaja dalam anggaran 3-4 sudu makan. Bila dh pekat, masukkan udang tadi dan biarkan sebentar.
5- angkat dan masukkan dalam serving plate. Taburkan egg floss. Sedia utk di Makan ;)

Selamat mencuba. kalau jadi bgtau kawan2. Kalau tak jadi bagitau saya kay??? :P



Butter Prawn


No comments:

Post a Comment