Popular Posts

Wednesday, 2 April 2014

Breastfeeding Pt 2. Persediaan Ibu-Ibu yang ingin menyusukan anak

Ibu-ibu yang hamil dan hamil semula amat digalakkan untuk mempersiapkan keperluan bayi dan diri sendiri. termasuklah keperluan untuk breastfeeding terutama sekali bagi ibu yang bekerjaya. berikut antara keperluan para ibu sebagai panduan dan persediaan masing-masing.

1. Mindset
Perkara paling penting perlu disediakan oleh ibu yang berhasrat untuk menyusukan anaknya. Mindset seperti "TAKUT TIDAK ADA SUSU", " aku jenis keturunan susu tak banyak", "Formula susu je lah" perlu di elakkan jika anda benar-benar ingin menyempurnakan penyusuan susu ibu. pakai lah breastpump harga berjuta, jika mindset dan semangat anda tidak kuat. anda tidak akan berjaya. Saya sendiri menyempurnakan Penyusuan ASI hanya dengan pam manual dan marmet sahaja. ingat, MIND OVER MATTERS. Mindset ini juga termasuk kemungkinan yang akan di hadapi ibu-ibu selepas kelahiran

nak breastfeed anak kena jadi wanita besi LOL


2. Breastpump
Gadget paling ampuh untuk membantu ibu berkerjaya memerah susu stock beku masing-masing. jenama tidak penting... yang penting selesa dan juga tidak menyakitkan. adakala para ibu terpaksa bertukar ganti pam susu untuk mencari pam yang sesuai. nasihat saya, belilah sebelum anda bersalin lagi. kerana kita tidak akan tahu apa bakal menanti selepas kelahiran bayi. seperti, bayi tidak tahu latch, bayi menolak penyusuan secara direct feeding, ibu jatuh sakit, ibu bersalin secara C-Sect, Anak Prem dan sebagainya. Bayangkan jika anda menghadapi situasi di atas. baru terhegeh-hegeh mencari pam, susu dah bengkak padat, marmet tak pandai... nak salah kan sapa? saya? ok plis, get lost.

 single dan double pump yang saya gunakan sekarang
photo credit: Google Images

3. Botol Susu
Botol Susu adalah paling penting untuk anda kenal jenis plastik yang digunakan. sila guna jenis BPA Free, atau yang tertulis lambang segitiga seperti lambang recycle berserta huruf PP di bawah botol bermakna botol diperbuat daripada PolyPropylene. plastik paling selamat untuk bayi. elakkan botol bertulis PC (Polycarbonate). Pendek kata botol BPA fre laaaa...


4. Breastpad
Breastpad berfungsi untuk menyerap lelehan susu semasa berlaku LDR (susu meleleh sendiri secara reflex) dan mencemarkan pakaian anda. breastpad penting untuk mengelakkan anda berbau masam ketika bekerja. hewhew. Breastpad terdapat dalam bentuk washable dan disposable ;)


5. Storage bottle/ liners
Storage bottle dan liners amat perlu bagi ibu yang menyimpan stock susu beku. Liners terdapat banyak jenis dan design dan juga pre-sterilized. jadi anda tidak perlu sterilize kecuali storage bottle. storage bottle boleh guna semula berkali-kali. liners pula boleh guna maksimum 2x sahaja.

dalam storage bag - ni photo saya sendiri :D

ini storage bottle 2oz yang saya guna

ini pulak botol storage 5oz , pun yang saya guna untuk stock yang sikit-sikit yang tak muat storage bag


6. Nursing Bra
Nursing bra (bra menyusu) juga penting. Bra menyusu memastikan anda selesa dan mudah menyusukan bayi anda di mana jua . kini bra menyusu dijual dengan harga yang amat mampu milik dan terdapat dalam pelbagai design. seperti sleep bra, soft padded, padded, wired dan non-wired dan removable wire. terpulang pada keselesaan masing2.

7. Cooler bag dan ice pack
cooler bag perlu dimiliki ibu bekerja untuk membawa dan menyimpan stock perahan di tempat kerja dan untuk membawa pulang stok perahan ke rumah sebelum di bekukan. biasanya cooler pack didatangkan dengan ice pack.
ice pack perlu dibekukan sebelum diguna :D

8. sabun botol susu khas dan berus botol susu
keperluan penting untuk kebersihan botol anak anda

9. Warmer
perlu bagi ibu untuk memudahkan kerja memanaskan susu. susu tidak boleh dipanaskan pada suhu lebih 45'c kerana akan merosakkan protein di dalam susu. warmer memudahkan kerja anda kerana ia telah direka khas untuk mimik suhu badan anda.
beli kat lazada kalau nak kombo  warmer+ sterilizer tapi jenama Autumnz. murah kot. :P


10. Sterilizer
tidak wajib tetapi perlu. Sterilizer penting bagi ibu yang sibuk. jika anda banyak masa terluang, maka anda boleh sterile botol susu dan peralatan BF seperti pam (kecuali motor pam) menggunakan air didih.

12. Milk Collection Shell
MCS ni juga ada perlunya bagi ibu yang sering mengalir air susu nya. maka MCS ini sesuai untuk anda kerana ia menakung air susu yang mengalir terutama sekali ketika LDR. MCS juga berguna untuk protect puting susu anda yang terluka dari bergesel dengan pakaian dalam.


13. Nipple Shield
hanya perlu dimiliki oleh ibu yang mempunyai bayi yang refuse penyusuan secara direct disebabkan puting ibu pendek. atau ibu menpunyai nipple inverted (puting tenggelam)
ya, ada macam-macam bentuk. i mean the shells



14. Nipple cream
kebanyakan new mommies akan mengalami nipple crack/sore. jadi cream ini mampu melegakan masalah tersebut

15. tuala muka
penting untuk anda gunakan ketika anda burp bayi di bahu kerana bayi cenderung jeluak air susu mereka semula. letakkan di bahu anda dan jika bayi anda muntah, ia tidak akan mengotorkan baju anda

16. Nursing Cover
Nursing cover/ poncho ini penting untuk memelihara aurat anda semasa menyusukan bayi dari pandangan Ajnabi. terdapat pelbagai design dan range harga di pasaran. jika tidak, gunakan pashmina pun boleh.
i feel so jelita like Daphne Iking . by the way ini nursing poncho by Daphne ya. namanya Eleanor by Daphne Iking


17. Pen Marker/ Masking Tape
Perlu dan penting untuk anda melabel botol susu dan EBM anda nanti. susu perlu dilabel bagi memastikan anda memberikan susu yang telah lama di perah dahulu. EBM also has shelf life ok? bole expired :P

18. Drying Rack
tidak wajib. tetapi di pasaran terdapat drying rack khas untuk mengeringkan botol-botol susu.

macam-macam gaya kan?

19. kenalan
Kenalan yang boleh membantu anda dalam masalah penyusuan seperti aspek khidmat nasihat, kaunseling dan juga motivasi. jika anda mengenali breastfeeding peer consultant adalah lebih baik.

20. Milk Booster.
Milk booster yang wujud bukan lah one size fits all.. jadi anda perlu mencari dan mencuba milk booster. namun the best milk booster ialah direct feed dan juga expression,

jika terdapat tambahan, anda boleh menambah di bahagian komen

Happy Breastfeeding!


pic credit : Google Images

1 comment:

  1. Assalamualaikum suzy, nice tips! heeee in shaa Allah, set minda yang paling penting. heeeeee *cuak juga pasal baby refuse puting ibunya*

    ReplyDelete